Thursday, December 24, 2009

..tiNtakU..


بسم الله الرحمن الرحيم



Salam’alaik.

. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi rabbi krn se

hingga ke hari nie, ana masih merasai nikmat Iman & Islam

, Allahuakbar.. syukur ya Allah.. Rasenya msih belum terlambat utk ana menucapkan SLMT

TAHUN BARU HIJRAH kpd sluruh umat ISLAM terutama yg singgah d cn.. smga kte mperbaharui n mlaksan

akan azam n semangt kte ke arah yg lebih baek utk thn ini..

Kenangan yg menggamit memori, penglaman terindah yg x dpt dgambarkan dgn kata2..

syukur yg teramat sgt krn dberi kesempatan, dberi peluang utk bersama hamba2nya yg terpilih..

Cuti 3 mggu ini insyaAllah benar2 terisi.. proses penTARBIYAHan utk diriku yg terlalu mudah n alpa dgn keasyikan & keindahan duniawi ini.. ya Allah, ku hrp ianya akn berkekalan n ukhwah yg terjalin atra kami sume kekal dlm redhaMU,amin..

Friday, November 27, 2009

..saLam EidUL aDha..


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 'alaik..

Salam eidul adha buat semua umat Islam. Sahabat, contohilah keikhlasan perngorbanan Nabi Ibrahim as, kesetiaan n kesabaran Siti Hajar serta kepatuhan Nabi Ismail kpd Allah swt. Mereka semua merupakan teladan terbaik kpd kte demi meraih cinta Allah. Semoga segala pengorbanan yg kte lakukan dpandang & dinilai dgn perkiraan yg terbaek oleh ALLAH swt. Semoga Allah akn tetap menyayangi kalian lebih dariku menyayangi kalian & setiap langkahmu d iringi redha Ilahi. D kesempatan ini jg, ana mohon maaf ats sgla slh silap selama ini..


Tuesday, October 27, 2009

..riNtihAn iNi..


بسم الله الرحمن الرحيم

Beratnya bahu ini Ya Allah..

Memikul amanahMu

Kerja dunia ini tak pernah habis

Terkadang aku berputus asa

Mencemuh diri sendiri

Mengapa aku??

Di saat aku memerlukan seorang teman seperjuangan

Membantuku untuk terus menyeru kepadaMu

Mereka tersungkur tak mahu bangkit

Aku hampir jatuh Ya Allah

Terasa longlai, lemah lutut ini

Bagaimana harus ku teguhkan diri

Ya Allah

Bantulah daku

Tabahkan hatiku

Kuatkan aku

Jangan Kau biarkan aku tersungkur di situ

AmanahMu yang ku pikul ini

Hingga akhir hayatku, akan k uterus menyeru

KepadaMu..

Allahu ghayatuna, arRasul qudwatuna, alQuran dusturuna

Aljihadu sabililuna, almautu fisabilillah

Asma amanina

Thursday, October 8, 2009

..doAkU utK aYah..

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku rindukan seorang ayah

Pelukan seorang ayah

Ciuman manja ayah

Yang pulangnya terus mendapatkanku

Membelaiku penuh kasih sayang

Aku rindukan kasih ayah

Tidak ku pinta hadiah berharga darimu

Cukuplah sekadar sekelumit kasih

Yang bisa menyejukkan, mententeramkan hatiku

Belaian kasih seorang ayah

Seperti orang lain…

Aku rindukan itu

Sangat-sangat rindukan pelukanmu ayah

Ku rela berbakti

Berikan segalanya

Demimu ayah

Ku selalu memohon, meminta, merayu

PadaNya

Ya Allah…

Kembalikan ayah ke jalanMu

Jalan yang lurus

Berikan aku ayah yang dirinya penuh kasih sayang

Yang bisa membelai daku setiap masa

Ya Allah…

Ampuni segala dosanya

Jangan kau biarkan dirinya begitu sahaja

Peluklah dia dengan kasih sayangMu

Kurniakan dia rahmatMu

Bahagiakanlah dia Ya Allah

Ku pohon padaMu…

Ku pohon Ya Allah…

Monday, October 5, 2009

..hayatilah..


Raih cintaMu Rabbi


Ku teringat hati yang terasa sepi

Mengapa begini resah

Perjalanan duri kan ku tempuh sendiri

Kuatkanlah hati Rabbi

Ingatkah engkau kepada Allah Yang Maha Kuasa

Menciptakan kita memberikan nikmat

Ingatkah engkau kepada Allah Yang Maha Penyayang

Yang kan temanimu Rabbi

Ku kuatkan hati dan percayakan janji

SyurgaMu ku nanti pasti

Ku tak akan berpaling dari jalan ini

Ku rayu cintaMu Rabbi

Ingatkah engkau kepada Allah Yang Maha Kuasa

Menciptakan kita memberikan nikmat

Ingatkah engkau kepada Allah Yang Maha Penyayang

Yang kan temanimu Rabbi

Ku teringat hati yang terasa sepi

Mengapa begini resah

Perjalanan duri kan ku tempuh sendiri

Kuatkanlah hati Rabbi

Ingatkah engkau kepada Allah Yang Maha Kuasa

Menciptakan kita memberikan nikmat

Ingatkah engkau kepada Allah Yang Maha Penyayang

Yang kan temanimu Rabbi

Ingatkah engkau kepada Allah Yang Maha Kuasa

Menciptakan kita memberikan nikmat

Ingatkah engkau kepada Allah Yang Maha Penyayang

Yang kan temanimu Rabbi

Yang kan temanimu Rabbi


..: diolah dari sebelum cahaya~letto :..

Saturday, September 26, 2009

..rEnunGkAn & fiKir2kAn..


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 'alaik..


Bicara kali ini tentang batas aurat,
Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuang Islam dijauhi adat.


Yang kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak diambilkira,
Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa


Tudung nipis terbayang rambut,
Atau rambut terjulur kerana singkat,
Kain dililit kepala pakai ikat,
Jambul tertonjol rasa hebat.


T-shirt menjadi kegemaran,
Nampak ketiak tiada lengan,
Bulu roma jelas kelihatan,
Parut dan tahi lalat bertebaran.


Baju sendat tertonjol dada,
Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,
Lelaki melihat menempa dosa,
Menjadi fasiq mudah sahaja.


Seluar ketat menjadi pakaian,
Tak beza lelaki dan perempuan,
Terutama jeans pudar jadi pilihan,
Sarung nangka pun boleh tahan


Apa jadi dengan remaja,
Islam namanya, iman tiada,
Perintah Tuhan buat bersahaja,
Larangan Allah buat selamba,


Allah murka Syaitan senang,
Nabi kata: ‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’
Ada baju tak cukup benang,
Dihumban ke neraka cukup malang.


Saya hanya boleh menasihat,
Kepada remaja dan muslimat,
Ikut Islam akan selamat
Ikut syaitan akan dilaknat.

Sunday, September 20, 2009

..raMadhaN yG bErLaLu..n..sYawAL yG mEnJeLma..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt.

. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Syukur kehadrat

Ilahi krn masih diberi peluang & hayat utk menikmati kurniaan yg tak terhitung banyaknya hingga ke

saat ini, syukur ya Allah..

Alhamdulillah, ramadhan yg penuh

berkah dpt jua ku tempuhi. Sungguh, d hati ini masih terasa

bimbang jikalau tidak bertemu ramadhan yg akan dtg.



Ya Allah,

pertemukanlah lg ak dgn ramadhan yg seterusnya, pertemukanlah ya Allah..

Dan utk syawal yg menjelma ini, ana mengharapkan agar dapat menyanbutnya dgn penuh kegembiraan..

wallahu'alam..




Sunday, September 13, 2009

..jaLaN pULanGku..


بسم الله الرحمن الرحيم


Tundukku malu di depanMU

Kerna aku insan berdosa

Ku alunkan sesalanku

Apakah kan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang lara

Lantas leraikan ingatanku pada sempurnaMU

Terpaut aku tak berpaling

Ku bersyukur hanya padaMU Tuhan

Kau tunjukkan laluan untukku pulang

Dan cintaMU bagai air di tandus Sahara

Buatku melepaskan dahaga

Sukar cahaya menerangi langkahku

Semaikan segala kiasan cintaMU

Ku bersyukur hanya padaMU Tuhan

Kau tunjukkan laluan untukku pulang

Dan cintaMU bagai air di tandus Sahara

Buatku melepaskan dahaga

Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan

Bimbang Kau singkirkan taubatku

Ku rayu Kau gugurkan keampunanMU padaku

Telah ku zalimi diriku

Janjiku padaMU abdikan seluruh jiwa

Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku

Kau tunjukkan laluan untukku pulang

Dan cintaMU bagai air di tandus Sahara

Buatku melepaskan dahaga

Tak ku temu manakah hentinya

Rayuan taubatku padaMU

....

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam alaik...
Sudah agak lama blog ini bersawang dek kerana sibuk dengan urusan duniawi yang tak pernah putus kunjung tibanya.. Namun, setinggi2 kesyukuran di panjatkan padaNya kerana masih diberi kesempatan utk menikmati Ramdhan ini.. Semoga baki 10 malam terakhir dapat memberi kesempatan kpd kita sume utk terus beribadat padaNya dan mengejar malam alQadr..


Thursday, August 27, 2009

Ahlan ya ramadhan!!!


Hadirmu kunanti..

Barakahmu kucari..

Ketenanganmu kurasai..

Ramadhan menjenguk lagi. Sememangnya kehadirannya dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan
4 amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.


Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Maka, kita sebagai hamba yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, bersama-samalah kita merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Lumayan bukan?? Jadi,apa tunggu lagi??
Fikir2kan & renung2kan…

Selamat beramal…!! ~(^_-)~

Sumber: halaqah.net

Sunday, August 16, 2009

..uJiaN sAtu RahmAt..


Bismillahirahmanirrahim..

Salam ‘alaik..

Alhamdulillah.. Setinggi2 kesyukuran ana panjatkan kpd Allah swt krn diberi izinNya ana utk terus mencoret sesuatu d cni..Syukur alhamdulilh krn Allah masih lg meletakkan ana dlm pemerhatianNya & smoga ia kekal selamanya,amin..

Ketahuilah shbt2, semakin kte d uji, semakin dekat kte pdNya..Ini bukan omong kosong,tp satu reality..Ketahuilah bhw Allah Maha Mendengar akn rintihan hmba2Nya. Ble kte kesusahan,ingatlah,tiada tmpat mengadu yg pling baek selain ALLAH..

Firman Allah,’..dan berdoalah kpdKu, nescaya akn Ku perkenankn kpdmu..’(Al-Mu’min 40:60)

'..dan jgnlah kamu mengambil (pelindung) selain Aku' (Al-isra' 17:2)

Kunci kpd ujian adlh tak lain tak bukan, DOA dan SABAR..doa merupakn senjata mukmin..

‘Wahai org2 yg beriman! Mohonlah ptolongan kpd Allah dgn sabar dan solat. Sungguh,Allah bserta org2 yg sabar’ (AlBaqarah 2:153)

Allah swt menguji kte utk tahu sejauh mane sbar & tabahnya kte mghadapi ujian tsebut. Ana bsyukur sgt2. Allah telah mnyelamtkn ana..Alhmdulillh,alhmdulilh,alhamdulilh.. Ya Allah, betapa Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Mendengar lagi Maha Kuasa ats segala sesuatu..Ya Allah, tiada kata lg yg mampu aku ungkpkan utk menyatakn syukurku pdMU..Engkaulah segala2nya buatku. Ya Allah,kekalknlah perasaan ini dlm driku..

La budda, tak dpt tidak, Allah mnjdkan sesuatu sbg asbab utk mnunjukn kasih sygNya. Ucapan mekaseh yg tak terhingga buat shbt2 yg menolong ana..Sesungguhnya kalian sahabatku selamanya..uhibbukum fillah abadan abada!!

~ alhmdulilh..masih ada lagi adam d akhir zaman ini yg menyelamatkan hawa ~

p/s : petua dari seorg shbt dlm kte mghadapi ujian..’D U I T’

D: doa U: usaha I: istiqamah T: tawakal

*Khas buat SAHABATku..ana syg anti sgt2..d cni,ana jmpe n kenal siapa yg dnamakn sahabat sebenarnye..Terima kasih ya Allah krn memberiku sahabat yg suka duka bersama. Moga ukhwah kami d bwh lembayung rahmatMu sokmo & kekal ke syurgaMU yg abadi,amin..

suSahNye..!!


In the name of Allah, the most Gracious and the Most Merciful…

Salam ‘alaik..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi krn dgn izinNya dpt kte hidup d bumiNya ini n menikmati segala nikmat yg dberi..Syukur kpd Allah krn insan2 ini masih lg dlm pemerhatianNya krn itu kte d beri ujian..

Tapi kenapa ana?? Kenapa?? Dh takde org laen ke?? Ya Allah, kuatkanlah hambaMU yg lemah ini.. Ya Allah, susahmya nak cari ‘PEMBELA WANITA’ d akhir zaman ini.. Kadang2 terfikir gk,alangkah beruntungnya diri ini hanya sebatang pokok. Tak perlu susah2 nak pk ttg idup ini. Tak perlu susah2 nk jge ati org laen. Tak perlu susah2 nak pk camner nk jge diri terutamanya spy jauh dari fitnah dunia nie.. Ya Allah..!!! Bukan krn insan ini tak bersyukur d ciptakan sbg khalifah d bumi nie tp, krn susahnya nk meraih n mencari serta menanam taqwa yg sebenar-benar taqwa e2..

Ya Allah, mana hilangnya ADAM yg membela HAWA?? Dimana mereka ketika hawa sgt membututkan bantuan dr mereka Ya Allah?? Andainya mereka tahu tanggungjaawab mereka, tentu mereka takkan memaksa hawa,tentu mereka takkan menyuruh hawa ke depan b4 mereka,tentu mereka akan jaga hawa btol2,tentu mereka takkan biarkan hawa difitnah,tentu..tentu..tentu mereka akan bela hawa..

“lelaki itu adalah pelindung wanita..” (4:34)

Inni akho fullah..

Wallah ‘alam..

Thursday, August 6, 2009

..owh...yEke??


Salam ukhwah...


Alhamdulillh,syukur ke hadrat Ilahi krn masih dberi nikmat oleh Allah utk menggerakkan jari-jemari ini utk menulis sesuatu khas buat tatapan sahabat2 sbg satu pkongsian ilmu kpd kite sume.. Syukur kpd Allah, krn ats nikmat kurniaNya, masih lg dberi kite peluang utk kite same2 bnafas( or dgn bhs sainsnye,sedut oksigen..) & hidup d bumiNya ini sbg insan2 yg
terpilih,alhmdulilh..

Utk entry kali ini, suka utk ana bkongsi tentang solat. Alhmdulillh, tadi usai usrah, ana slmt plg ke bilik...(hehe..poyo je..) Em,satu topik yg menarik dpt kami discuss sbntr td. Satu kewajipan yg sememgnye mesti di lakukan as kite sbg seorg muslim.( em,name lg wajib kn??) Tajuk SOLAT yg di ketengahkn mmg mndpt smbutn hngat cam pisang greng pns 2..letak je,trus hbs lcin msuk perut hmba2 Allah..em,cm 2 gk la solat kite. Sebut sal mkn ni, mkn 2 kte bleh umpamakn cam solat gk. Cthnye,klu kte xmkn, msti kte letih, lesu, xbermaya n sewaktu dgnnya..Solat pn cam2 r, klu kte xsolat,sama gk. Msti kte xsedap ati,xtenang, rase bsalah n cam cacing kepanasan la,x senang duduk..buat ni xkene,ni xboleh,2 xjadi n sume2 la..

Kt c2 td,kte nmpk kn,betapa pntgnye mkn, g2 la pntgnye lg SOLAT. Rasulullah saw pn ada bsabda ttg pntgnye solat :
"...dan tiada agama bagi org yg tidak mnunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan solat dlm agama Islam di ibaratkan spt KEPALA kpd TUBUH BADAN" - (riwayat at-Tabrani drp Ibnu Umar ra)

Lihat shbt2, betapa pntgnye solat smpaikn Nabi saw umpamakn spt kepala kite..Analoginya ckkup mudah. Kte tgk org cacat la (maaf yup, bkn nk merendahkn org cacat) , ada x org cacat yg cacat yg cacatnya TANPA KEPALA?? Ada x?? Selama ana idup la kn, xpernah lg ana jmpe yg cam2, na'uzubillahi min zalik..

Solat juga sebenarnye mmbezakan antr Islam dan kafir.. Em, yg ni sume dh tau kn?? Yg ana rase very impress ble ana dpt tau ni, bahawasanya dlm solat e2 terkumpul kelima2 hakikat rukun Islam. Ana percaya n yakin,yg ni xsume tau kn?? Menurut satu sumber yg boleh dipercayai, dlm kitab Fiqh As-Solah menyatakn bhw solat e2 mrangkumi ke5 5 rukun Islam. Klu kte tgk yg 1,mngucap 2 kalimah syahadah. tgk shbt2, klu hitung2 balik, dlm sehari about 10 times kte sntiase mmperbaharui syahadah kte
.Subhanallah.. Yg ke 2 lak, solat 5 waktu. Spt yg kte sedia mklum r, kte solat sehari semalam yg jumlah kesemuanya 5 kali kn..(make sure ckup 5 tau..) Seterusnya,ke 3, puasa. Dlm kte sedar atau tak kn, sbnrnye mlalui solat ni pn kte bleh nmpk.Ada org makan time solat?? Hatta klu da something kt celah gigi pn kte kene buang, inikan plak makannn.. ( yg ni hnya pndngan ana krn x dinyatakn lam kitab fiqh 2)Em, ke 4,zakat..haa,msti rmai yg tertanye2 kn?? sbnrny, secara x lnsung kte pn bleh hitung balik sbnrnye. cuba kte tgk blik mksud zakat. bkn kh zakat e2 kte mnderma,mnengeluarkn..kte bleh analisis balik,waktu yg telah kte spend utk solat.bknkah mase e2 sbnrnye kte dh korbankan waktu yg Allah bg 24jam kt kte 2 beberapa saat@minit@jam demi menunaikan kewajipan solat? Allahuakbar!! Hebatkan Allah!! Last skali,ke 5, haji. Em,kte solat mhadap ke mana??kiblat kn..Kt mane arah kiblat kte?? yup,pandai,toyyib..(klu jwb btol la..) Kaabah..Klu tgk, selari la dgn org yg mngerjakan haji kt Mekah kn??



Subhanallah!!Allahuakbar!! Allah mmg Maha Hebat krn DIA menciptakn sesuatu 2 msti ad link ye, or dgn kate laen, ada hubungan..Stiap yg Allah cptakn 2 msti bermakna n ada hikmah yg tersendiri..( klu shbt ana ni,msti ye ckp,mesti ade 'hakimah'nye..~(^_^) ~)

B4 ana tutup bicara kali ini, da satu lg hadis yg ana nk kongsikan ttg solat ni..
"Awal-awal perkara yg dihisab hamba pd hari kiamat adlh solat. Maka sekiranya solat 2 elok,nescaya eloklah lain2 amalanya(diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak, nescaya rosaklah lain2 amalnya2 ditolak oleh Allah)" - riwayat at-Tabrani..

Gambarannya ckup senang. Lecturer yg beri tugasan assingment kt kte..Ble time dia check kite nyer assingment, ble yg 1st skali dh memenuhi kriteria2 yg dia mahukan, maka yg lain dia akan set mind bhw yg lain pn msti elok@bgus or lbih baek dr yg 1st td..Cam 2 gk solat. Solat ni sbg base, klu yg 1st baik,maka yg lain msti baek nyer kn..

Skeeet lg...Solat 2 tiang agama.Andai xkukuh tiang 2,maka pincanglah ia.Cam rumah,klu xdop tiang,cmner nk buat umah?? yg pling sng nk nmpak lg, xyah pg jauh2..Tgk DIRI kte je. Manusia e2 klau tiada rangka ykni tulang belulang 2,cmner nk gerak??xkn bleh nyer kn??percayalah..beleive it or not?? beleive it!! (..hehe..)

Emm...Rasenyer ckup la stakat nie..Moga antunna dpt ape yg ana nk smpaikn.Walaupun dgn secebis ilmu ana ini, harap2nye dpt mmberi manfaat kpd kite bsama. Sabda nabi, "smpaikanlah ajaranku walau sepotong ayat.." Moga ape yg dsampaikn gk dinilai d cc Allah swt. Dan moga2, insan punye tgn yg mnulis ini lebih peka krn tgn yg mnulis ini lbih dekat dgn hati yg merase ni... ( versi laen tuk tlnga yg lbh dekat dgn mlut yg bckp..)

Salam muhasabah.. ~SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN~

p/s: nk smbung wat keje plak,tutorial..,kain yg pnuh lam baldi..,owh.. Ya ALLAh, kuatknlh daku utk burn the midnight oil mlm nie.. ~(^_-)~

Tuesday, July 28, 2009

h1N1??



salam 'alaik...

alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt krn ana msih lagi hidup samapi ke hari nie, smpai ke saat & detik ini..(syukur gak dpt intrnet ni, bleh la post..~(^_-)~ )

"Hah, sya! Kau selsema?! Demam?! Batuk?! Baek kau pegi..Nyawa kau, nyawa kami ugak!Baek kau pegi sya..."

"Alah...tak nak! tak nak!! tak nak pegi!!"

Begitulah lagakku pagi tadi. Hampir je usai kelas bio cik halimah pg td, aku disuruh ke hospital dek selsema yg telah menjengah diriku ini. Bukan pe, kot2 nnti jgkit kt owg laen lak.. Ya Allah..! kalaulh diorg tau yg INSAN ini mmg tak suke g hospital, tentu diaorg takkan suh pegi kan??...
Nak d jadikn crite lg, puas dipujuk rayu, INSAN ini mmg degil!! tak berganjak jugak dari bangku lab 2!!
Akhirnya dtglh MUJAHIDAH sejati & terus menarik tgnku n kuar dr lab 2..dgn izin cik halimah laa.. Bjln la INSAN ni terkedek-kedek bersama mujahidah td..First skali g pentdbiran, epynya rase ble bas dh pn btolak..tp tetap sedey gak sbb mujahidah td telah bsungguh-sungguh trun tgga mrentasi bilik2 tutorial utk ke pntdbiran..(huhu..sedey2 )
Bertambahlah sedey ati INSAN nie ble ke HEP, mujahidah td d marah2 oleh akak kt pjbt tu.. YA Allah, peritnya atiku..Tabahkn ati shbtku e2 Ya Allah..(e2 je mmpu d lakukn, takkan nk g mrh akk 2 lak) trus diri ini b'istgfar..Kumat kamit mlut bzkir smbil bjln mghmpiri meja akak 2,mmta maaf n kami pn blalu dr situ..
Kuar je dr bilik 2, air mata ini trus bcucuran krn limpahan banjir yg xdpt d bendung kolam mata smbil memarahi shbt td..(isyh, xpatut lngsung marah kt ye..adoyai..) Maafkn daku shbt..


Slps e2,kami kedek2 lg utk kmbali ke kls, namun akhirnya diri ini brlalu pulang walaupun tau sesi P&P masih blum abih sbnrnye..Lalu pulanglh mujahidah td ke kls seorg diri..(Ya Allah, kau sajalh yg memhmi isi ati ku..)
Dgn perasaan yg sedey & pilu, INSAN ini pulang tkedek2..Tak dhiraukn ade ke tak mak guard kt pndok 2,trus je slambe naek ats..Smpai je kt blik, trus ku ke toilet ambik wudhuk & mghadap Yg Esa krn hnya pdNya dpt ku curahkn sglanye, hnya DIA Yg Maha Mengerti perasaan ini.. (Ya Allah, sebok gitome mase 2, bkn pe pn, sbb xsey g pital jah benanyo..)
Usai solat, ku bace lembaran2 surat cintaNya, buat mnmbh nyejuk ati..Alhamdulillah..

Dah d takdrkn, mmg akhrnya diri ini akn ke hospital gk..Ptg tu tumpang seorg kwn, kebetulan ye pn nk g hospital gk..Kerana INSAN ini sgt mengasihi sume shbt2nye, maka d lgkh kn jua kaki pinjamn Ilahi ini ke tmpt 'keramat' tu..Wktu mula2 smpai,mmg tkejut sb hmpir sume org pkai mask ijau.(ala..yg dktor surgery pkai 2..) fuuh..(mengeluh) kene H1N1 ke sume nie??!
Alhmdulillh, slps ujian saringan virus influenza H1N1 2, diri ini d sahkn suci bersih dr wabak tsebut..(^_^) cme selsema bese2 je..d pendekkn crite, lps ambik ubt, kmi pn pulang la..

Alhmdulillh...Moral value nye, jgn kte takut ke hospital n tlalu cepat2 wat tggpan awl..lagi, wk2 camni nie gk la kte dpt tau yg SAHABAT kte amt menyayangi kte..~(^_-)~


p/s: ketahuilah SAHABATku, ana amat menyayangi anti & jazakillahu khairan kathiran ats segalanya. Terima kasih Allah krn mngurniakn aku sahabat spt e2..Moga Kau rahmatinya sokmo n ukhwah fillah kami selamanya..amin..

Sunday, July 26, 2009

fiKiR2kaN & rEnuNG2kan..


salam 'alaik...


Kehidupan kita di dunia ialah kehidupan beramal atau bekerja, kehidupan berjuang dan berlawan-lawan seperti dalam perlumbaan. Tiap-tiap seorang hendaklah menjalankan bahagiannya sendiri dengan tidak bergantung kepada orang akan menjalankannya, tidak berharap kepada pertolongan orang akan menyempurnakannya. Ia sendiri mestilah berasa bertanggungjawab bagi menyempurnakan kewajipan dirinya dan tanggungan dirinya dalam perjuangan dan perlumbaan itu. Maka yang akan menang dalam perlumbaan itu hanyalah orang yang tetap, tekun, dan sabar menjalankan kerja-kerja kewajipannya itu dengan bergantung kepada ikhtiar dan daya upaya dirinya sendiri, dan memohon pertolongan hanya kepada Allah sahaja. Maka yang dikatakan perangai bergantung kepada diri sendiri itu ialah seseorang berbuat sendiri barang apa-apa kerjanya dan menimbang sendiri barang apa-apa halnya, serta sedia menanggung sendiri segala buruk baiknya apa-apa yang dikerjakanya itu. Ia tidak berhajat kepada sesiapa orang lain akan mengerjakannya atau menolong buatan baginya, kerja-kerja tanggungannya sendiri atau siapa-siapa rakan akan memikul tanggungjawab kerana kerja yang dibuatnya. Demikianlah sentiasa kelakuannya asalkan kerja-kerja dan hal-hal itu bukan daripada jenis yang wajib berkehendakkan pertolongan dan bantuan orang lain.

~Pendita Za'aba~

Friday, July 24, 2009

bERsyuKUrkAh kitEr??



Salam alaik… kabare sahabat2? Sudah agak lama rasanya jari jemari ini tidak menulis sesuatu untuk tatapan sebagai madah dan asbab kepada kita semua untuk mendapat suatu perkongsian ilmu yang mungkin dalam sedar atau tidak kita sebenarnya pernah merasainya... Alhamdulillah, hingga ke saat ini dapat kita semua merasai nikmat Allah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya..


La budda, tidak dapat tidak kita nafikan, begitu banyak sekali nikmatNya yang kita kecapi, kita rasai, kita gunakan.. Cuba sahabat2 hitung kembali, bermula dari lahirnya kita ke dunia ini hinggalah ke saat ini.. Selama hidup dan berpijak di bumi ini, nikmat apakah yang sudah pernah kita rasai? Nikmat apakah yang kita syukuri? Nikmat apakah yang kita selalu rungutkan? Nikmat apakah lagi?? Renung2kan kembali, selalukah kita bersyukur kepada kerana nikmatNya?? Atau langsung tidak terdetik di hati kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmtNya??

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan” (Ar-Rahman:13)

Sahabat2 sekalian, renungkanlah, betapa kerdilnya dan hina serta lemahnya kita.. Selalu meminta-minta.. Bila berkehendakkan sesuatu, pasti kita datang kepadaNya. Tapi bila dah dapat, terus kita lupakanNya. Teringat ana akan satu artikel yang ana baca di satu website yang sememangnya popular dengan pengajarannya. Artikel yang menggambarkan betapa kita ini

sebenarnya lupa kepada pencipta kita setelah kita mendapat apa yang kita inginkan..

“Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri(dengan sombong) ; tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa” (Fussilat:51)

Ketahuilah sahabat2 sekalian, ujian itu sebenarnya tarbiyah dari Allah untuk mendidik kita. Jika lambat Allah makbulkan doa kita, tidak bermakna Allah membenci kita atau meminggirkan kita, tetapi sebenarnya kerana terlalu sayangkan kita, Allah uji kita dengan sesuatu untuk mengetahui sejauh mana kecintaan kita kepadaNya. Dia mahu apa yang kita selama ini ikrarkan jelas dengan perbuatan. Dan sekiranya Allah cepat makbulkan doa kita, itu tandanya bahawa Allah itu amat menyayangi kita..Ya Allah! Subhanallah!!

“Tidak Allah membebani seseorang hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (AlBaqarah:286)

Secara ringkasnya, di sini ingin ana menyeru kepada semua termasuklah diri insan yang kerdil dan hina ini, apa jua yang menimpa kita dan apa jua yang kita peroleh, sentiasalah kita bermuhasabah dan back to basic.. Ingat kembali siapa kita dan dari mana kita sebenarnya datang dan kepada siapa kita akan dikembalikan (Yunus:56). Apapun, sentiasalah kita mensyukuri apa yang kita peroleh, kerana DIA MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hamba2Nya..

“..boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (AlBaqarah:216)

~ Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian, kedua-duanya adalah anugerah Tuhan ~

~(^_-)~

Tuesday, July 14, 2009

salam...
alhamdulilah,akhirnya dgn asbab yg telah d beri Allah,yg d sandrkn pd sahabat kesayangan ana, terbitlah satu artikel..Rantaian Qudwah PRESS...





syukur ke hadrat Ilahi krn d beri ana peluang utk menyampaikan sesuatu kpd org2 d luar sana, especially my classmate..kerana sygnye ana pd antunna krn Allah, ana sentiasa cube utk mmberi perkongsian ilmu dgn sedaya mgkin..ana harap apa yg ana sampaikan bukan sekadar on paper sahaja, ttp TERSERAP d ati antunna..amin..

Saturday, June 13, 2009


salam..
alhmdulillah..ana baru sahaja pulang dari satu program..
benar2 memerlukan tadhiyat yang besar..
namun,ana telah dipermudahkan oleh ALLAH untuk ke sana..
alhmdulillh,sumenye 'lancar'..
ana mohon,andainya ini yang ana cari selama ini,ini yang terbaek buat ana,maka perteguhkanlah ya ALLAH..amin..

moga2, ana dapat menempuh dan meniti segala ranjau & mehnahNYA..
salam mujahadah buat sume..

Sunday, June 7, 2009

Emm..

Alhamdulillah...
setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnianya ana masih bisa menekan-nekan papak kekunci komputer ini (besenya orang gune pena..hehe) untuk menulis sesuatu yang insyaAllah memberi faedah kepada semua..

Emm,kali ini ana ingin melakukan sedikit revolusi pada blog ini. Ana berharap ana akan lebih istiqamah untuk menulis..Mungkin ana tidak punya bakat dalam penulisan, tapi berazam untuk menjadikan penulisan ini sebagai salah satu jalan dakwah yang ana booleh bantu ramai orang,insyaAllah..tapi pada kesempatan ini,ana hanya dapat nyatakan sahaja dulu kerana kekangan masa.

Begitulah manusia kan..ana ini insan yang lemah. Padahal,masa yang diberikan sebenarnya sama saja pada semua hambaNya. Namun,setiap manusia itu punya kekurangan dan kelebihannya masing-masing...walaupun begitu,sedikit perkongsian ilmu dari ana setelah membaca buku 'Rahsia Keajaiban Roh'..Sabda Nabi saw, hati manusia itu ada 4 jenis:

1. Hati yang didalamnya bersih, ada pelita yang menyala didalamnya. Itulah hati orang mukmin.
2. Hati yang hitam dan terbalik yakni itulah hati orang kafir.
3. Hati yang terbungkus dan terikat yang merupakan hati orang munafik.
4. Hati yang terakhir ini adalah hati yang didalamnya bercampur keimanan dan kemunafikan.

Jadi, sahabat-sahabat sekalian...
Cuba renung-renungkan dan muhasabah diri kita..Mana satukah hati kita..

Tuesday, January 27, 2009

pEka KAh kiTerR??

salam...


Alhamdulillah..Syukur ke hadratNya krn dgn limpah rahmatNya, kiter sume msih lg bernyawa n idop aman damai di dunia ini..

Soalnya, sedarkah kiter?? pekakah kiter?? tahukah kiter?? Apa yg sedang blaku, apa yg sedang terjadi pada saudara2 kiter??







atau kiter hanya mendengar?? kiter hanya melihat?? APA TINDAKAN KITA??





~renung2kan n fikir2kanlah..~

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.