Saturday, September 26, 2009

..rEnunGkAn & fiKir2kAn..


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 'alaik..


Bicara kali ini tentang batas aurat,
Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuang Islam dijauhi adat.


Yang kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak diambilkira,
Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa


Tudung nipis terbayang rambut,
Atau rambut terjulur kerana singkat,
Kain dililit kepala pakai ikat,
Jambul tertonjol rasa hebat.


T-shirt menjadi kegemaran,
Nampak ketiak tiada lengan,
Bulu roma jelas kelihatan,
Parut dan tahi lalat bertebaran.


Baju sendat tertonjol dada,
Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,
Lelaki melihat menempa dosa,
Menjadi fasiq mudah sahaja.


Seluar ketat menjadi pakaian,
Tak beza lelaki dan perempuan,
Terutama jeans pudar jadi pilihan,
Sarung nangka pun boleh tahan


Apa jadi dengan remaja,
Islam namanya, iman tiada,
Perintah Tuhan buat bersahaja,
Larangan Allah buat selamba,


Allah murka Syaitan senang,
Nabi kata: ‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’
Ada baju tak cukup benang,
Dihumban ke neraka cukup malang.


Saya hanya boleh menasihat,
Kepada remaja dan muslimat,
Ikut Islam akan selamat
Ikut syaitan akan dilaknat.

Sunday, September 20, 2009

..raMadhaN yG bErLaLu..n..sYawAL yG mEnJeLma..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt.

. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Syukur kehadrat

Ilahi krn masih diberi peluang & hayat utk menikmati kurniaan yg tak terhitung banyaknya hingga ke

saat ini, syukur ya Allah..

Alhamdulillah, ramadhan yg penuh

berkah dpt jua ku tempuhi. Sungguh, d hati ini masih terasa

bimbang jikalau tidak bertemu ramadhan yg akan dtg.



Ya Allah,

pertemukanlah lg ak dgn ramadhan yg seterusnya, pertemukanlah ya Allah..

Dan utk syawal yg menjelma ini, ana mengharapkan agar dapat menyanbutnya dgn penuh kegembiraan..

wallahu'alam..




Sunday, September 13, 2009

..jaLaN pULanGku..


بسم الله الرحمن الرحيم


Tundukku malu di depanMU

Kerna aku insan berdosa

Ku alunkan sesalanku

Apakah kan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang lara

Lantas leraikan ingatanku pada sempurnaMU

Terpaut aku tak berpaling

Ku bersyukur hanya padaMU Tuhan

Kau tunjukkan laluan untukku pulang

Dan cintaMU bagai air di tandus Sahara

Buatku melepaskan dahaga

Sukar cahaya menerangi langkahku

Semaikan segala kiasan cintaMU

Ku bersyukur hanya padaMU Tuhan

Kau tunjukkan laluan untukku pulang

Dan cintaMU bagai air di tandus Sahara

Buatku melepaskan dahaga

Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan

Bimbang Kau singkirkan taubatku

Ku rayu Kau gugurkan keampunanMU padaku

Telah ku zalimi diriku

Janjiku padaMU abdikan seluruh jiwa

Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku

Kau tunjukkan laluan untukku pulang

Dan cintaMU bagai air di tandus Sahara

Buatku melepaskan dahaga

Tak ku temu manakah hentinya

Rayuan taubatku padaMU

....

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam alaik...
Sudah agak lama blog ini bersawang dek kerana sibuk dengan urusan duniawi yang tak pernah putus kunjung tibanya.. Namun, setinggi2 kesyukuran di panjatkan padaNya kerana masih diberi kesempatan utk menikmati Ramdhan ini.. Semoga baki 10 malam terakhir dapat memberi kesempatan kpd kita sume utk terus beribadat padaNya dan mengejar malam alQadr..


.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.