Sunday, July 26, 2009

fiKiR2kaN & rEnuNG2kan..


salam 'alaik...


Kehidupan kita di dunia ialah kehidupan beramal atau bekerja, kehidupan berjuang dan berlawan-lawan seperti dalam perlumbaan. Tiap-tiap seorang hendaklah menjalankan bahagiannya sendiri dengan tidak bergantung kepada orang akan menjalankannya, tidak berharap kepada pertolongan orang akan menyempurnakannya. Ia sendiri mestilah berasa bertanggungjawab bagi menyempurnakan kewajipan dirinya dan tanggungan dirinya dalam perjuangan dan perlumbaan itu. Maka yang akan menang dalam perlumbaan itu hanyalah orang yang tetap, tekun, dan sabar menjalankan kerja-kerja kewajipannya itu dengan bergantung kepada ikhtiar dan daya upaya dirinya sendiri, dan memohon pertolongan hanya kepada Allah sahaja. Maka yang dikatakan perangai bergantung kepada diri sendiri itu ialah seseorang berbuat sendiri barang apa-apa kerjanya dan menimbang sendiri barang apa-apa halnya, serta sedia menanggung sendiri segala buruk baiknya apa-apa yang dikerjakanya itu. Ia tidak berhajat kepada sesiapa orang lain akan mengerjakannya atau menolong buatan baginya, kerja-kerja tanggungannya sendiri atau siapa-siapa rakan akan memikul tanggungjawab kerana kerja yang dibuatnya. Demikianlah sentiasa kelakuannya asalkan kerja-kerja dan hal-hal itu bukan daripada jenis yang wajib berkehendakkan pertolongan dan bantuan orang lain.

~Pendita Za'aba~

No comments:

Post a Comment

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.