Tuesday, December 27, 2011

..sPeciaL..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik..

wanna share sometim i've found..
really nice..
dun believe ??! just believe it ! ~(^_-)~








When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day


chorus:
I beleive
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
a teacher till end of tome
No creature could be compared to him
so full of light and blessing

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what 
If God wills we'll meet one day

chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believeI believe
And now I feel my heart is at peace

chorus

I believeI believe, I believeI believe

Lyrics : Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody : Ifran Makki & Maher Zain
Arragement : Maher Zain
Video Directed by : Lena Khan



~ may Allah wills we meet one day, insyaAllah, ameen ~
- allahumma solli wasallim ala muhammad -






- uhibbukum fillah abadan abada -
..perhaps too..that we'll meet again..

[49:10]










Monday, December 19, 2011

..berMaknA..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik . .
kaifa haluk? hopefully, sume sht2 blako . .


Alhmdulillah wa syukurillah
masih lagi bisa menghirup dan menikmati segala pemberian Allah dengan penuh kenikmatan
dengan percuma, tanpa bayaran walau se sen pown
Seinfiniti syukur dan terima kasih pada Allah
dengan pemberian dan pinjamanNya
dapat aku menjelajah dunia ciptaanNya, mengutip segala ilmu
mencari secalit pengalaman
mengutip iktibar jua pengajaran
membekas himmah


sebulan lamanya meninggalkan teratak 
jua jejak maya
dek kesibukan yang dibuat2
serta kekangan yang dihadapi
membuatkan insan kerdil ini termenung saja melihat teratak usang ini
berharap agar perkongsian d sini benar2 dikongsi dengan sahabat2 di luar sana
yang mungkin tidak ku kenali
tapi
ketahuilah bahawa kita tetap berkongsi status yang sama iaitu
HAMBA ALLAH


alhamdulillah, akhirnya ku jejakkan jua kaki ke rumah
setelah berbulan d rantau orang
bermula cuti sekolah, bermula la pengembaraan pencarian ilmu d musim cuti
waktu2 camni je dapat kuar ke rantau orang, mengemis ilmu Ilahi rabbi
langkawi -> guar chempedak -> melaka -> negeri sembilan


subhanallah, allahu akbar!!
dalam sebulan ni, Allah bagi kesempatan, kudrat dan peluang utk ke sume tempat tu
bersyukur sgt2!!



1. belajar mengenal psikologi kanak2 dan mengatasi masalah secara praktikal

2. belajar cara berkomunikasi, toleransi dan berhadapan dengan masyarakat luar tentang isu2 semasa

3. belajar dari budak!!

4. belajar menngenal mad'u secara live!! ( cara berdakwah pada non-muslim . . 1st time sembang dakwah secara face 2 face, duduk semeja . . )

5. belajar untuk adaptasi diri dengan suasana dan tempat yang sangat asing dengan diri (huhu . .  really hard 2 do . . )

6. timba pengalaman kebajikan again ^_-

7. praktikal seorang pemimpin, atasi masalah, buat pilihan dalam keadaan dan situasi genting yang benar2 menekan kita dan perlu kepada kewarasan berfikir dengan baik

8. berlatih mencari dan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita bhw kita sebenarnya dapat melakukan ia malah dengan begitu baik sekali . . (tahniat buat sahabat2!! u al da best!!)

9. berjalan, melihat dan mentafsir setiap kebesaran ciptaan Allah yang Maha Agung . . (tak pernah terdetik lam ati bhw akan diberi peluang oleh Allah utk sampai ke situ, alam nan indah, bukti kebesaran yang Maha Esa . . allahuakbar!! )

10. ukhwah yang terjalin yang mana sentiasa aku harapkan seperti untaian tasbih yang mula tiada hujungnya, diratib demi cintaNya..moga kekal hingga ke jannahMu ya rabbi . . amin . .








dan





yang paling tak dapat dilupakan







1 perkataan yang ku sebut






MAJU






maksud hadis Nabi : ' Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (ketua negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda yanng diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu' [ riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dau, Turmuzi dan Ahmad]



hakikatnya, kita semua adalah pemimpin, jika bukan kepada orang lain, kita tetap merupakan pemimpin kepada diri kita sendiri . . . .


dalam setiap benda dan segenap perkara yang dilakukan, mesti sentiasa MAJU ke hadapan, belajar dari kesilapan, kutip segala pengalaman, tingkatkan usaha, tetapkan iman, teguhkan tawakal, tarik semua semangat dan tambahkan pengetahuan agar ilmu yang ditimba bukan yang sia2 . .

jangan sesekali cuba utk futur d jalan Allah, andai jatuh, bangkit semula
kerana 



janji Allah itu PASTI





~ Perbaikilah diri kamu, dan ajaklah orang lain ~
- allahyarham Syeikh Mustapha Masyhur -

Sunday, October 30, 2011

.. reCharGed ..

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaik..
alhamdulillah wa syukurillah pdMu ya Allah
masih aku diberi peluang dan kekuatan utk terus d jalanMu
ku  pohon kekuatan  dan ketabahan dariMU ya Allah ilahi rabbi



segar dan nyaman terasa menghirup udara fresh d bumi maktab tercenta ni
damai menghijau, jauh dari keserabutan dan hiruk pikuk  kota
walaupun agak  terpencil d sini,  namun tetap berteman dgn makhlukNya yg pelbagai
memeriahkan lagi ekosistem d sini
alhamdulillah



pagi ni sudah terlewat dgn liqa..huhu
istigfr 1000x sya!!!
tu pun belum mampu membayar masa2 shbt2 yg menunggu
apatah lagi masa utk Islam itu sgt2 berharga walau 1 saat sekalipun!!
faghfirli ya Allah..T_T



alhamdulillah
pagi ni terasa semangat di cas 
ye!! dengan kata2 bermakna penuh amanat dan membekas
(walaupun xberada d tempat scra live, vdeo 2 pn cukup2 membantu n mengubat jiwa)
syukur...terima kasih ya  Allah








"tegakkan negara Islam dalam jiwa kamu (dengan tarbiyah) nescaya ia akan tertegak di tanah airmu"



"bersama-sama memantapkan akidah yang kita ada
kerana
keyakinan kepada Allah menyebabkan lahirnya pengorbanan untuk Islam,
bertambah kuat keyakinan kita kepada Allah,
akan kuat keyakinan kita untuk berkorban dalam memenangkan Islam"


"pemuda mestilah memahami bahawa masa depan mereka masih panjang,
semangat mereka yang masih kuat,
cita2 mereka yang berkobar-kobar,
mesti diterjemahkan dengan ILMU YANG MANTOP,
BUKAN SEMANGAT YANG TANPA BIMBINGAN ILMU,
BUKAN SEMANGAT YANG MELULU..


setiap zaman ada tokohnya,
setiap peringkat ada pemimpinnya,
dan kita...




MEWARISI PERJUANGAN TERSEBUT !!


dan


sekarang


tugas ini terletak pada bahu kita 
untuk memastikan kemudiannya

ISLAM akan diDAULATkan di negara kita"




Allah swt kagum kepada PEMUDA-PEMUDA yang tiada baginya masa muda ( untuk berfoya-foya ) 
KERANA

masanya dipenuhi dengan perjuangan dan beribadat kepada Allah




pemuda mestilah mengenali Islam dengan cara MEMAHAMI..



mengapa Baginda Nabi Muhammad saw diutuskanAllah??



kerana




... aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia ...


wallahua'lam


Thursday, October 20, 2011

...RindUnyoOOoo..

بسم الله  الرحمن  الرحيم


assalamualaik...
alhamdulillah, syukur  yang  tidak  terhingga  padaNya
atas  segalanya
segalanya tidak  termampu untuk aku  bayar,
namun hanya padaNya aku persembahkan sujudku...


alhamdulillah,, 1  paper sudah  selesai...
5 papers  lg masih  menanti
moga  Kau permudahkan  bagi sahabat2ku dan diriku ya Allah


kongsi  cerita  pendek  sket....
jom  hayati....~(^_-)~



*****


di suatu petang yang sangat damai selepas hujan
allahu.....aku sangat2 suke tengok  pemandangan ni..
bumi yang masih lagi basah selepas turunya simbahan rahmat Allah
sangat tenang dan damai  mmenusuk jiwa


aku  masih di muka pintu dapur sambil melihat  ibu
sayu hati  ini kerana saat yang berbaki  bersama  ibu makin pendek
tak mahu rasanya tinggalkan ibu
hakikatnya perpisahan itu perlu
demi Allah, aku kena gagahkan diri


rindu aku pada  ibu bila  tidak mendengar  'tazkirah' harian
rindu aku pada ibu  bila  tidak  menatap wajahnya
rindu aku  pada  ibu bila baca  quran
rindu  aku pada ibu bila ku selak helaian Yasin
rindu aku pada ibu bila nak makan
huhu
rindu sangat2


''Ma...oghe nok gi doh ni...
dok rindu  ko  nati..."


ibu hanya tersenyumm padaku
ibu masih lagi  tekun dengan  kerjanya
aku alihkan  pandangan  ke luar..melihat sisa  hujan yang jatuh  dari atap rumah
lalu  ku  dekati ibu


"ma...dok  bimbe ko de  oghe gi? @_@..


"wat  gapo  nok  bimbe nyo..  demo  ma ata suh gi ngaji, buke gi wat bendo lain..keno  panda2 jago  diri, tok ke  la nok duk bawoh tiok ma  jah sokmo..supo tulo pah bilo la..
ma takdok harto lain doh slain anok2..ma  tok ngaji  tinggi doh..rezeki Allah bagi ni la harto ma hok paling beghego..demo ngaji agamo,demo tau blako.."


"emmmm....."



"ma takdok bimbe gapo la.. Allah ado jago anok2 ma biar ma tok napok pun...."



zzzzzuuuuuuuuuupp!!



ayat menusuk!!




"demo duk jauh pun, kalu ma takdok dah pon, Allah ado tengok demo.."



zzzzzuuuuuuuuuuupp!! 1x lg ayat menusuk!!


T_T



terus laju je 'air hujan' turun dari mata ini..
'air hujan' d ati lagi la lebat..banjir dah pun..




syukur ya Allah
atas kurniaan ibuku padaku
semoga Kau sayangi ibuku lebih dari aku menyayanginya
semoga Kau limpahkan kurniaMu padanya sokmo
semoga Kau sentiasa menilainya dengan nilaian yang terbaik
semoga Kau letakkan ibuku di tempat yang tertinggi bersama para solihin
semoga Kau jaga ibuku sentiasa dari segala maksiat, kejahatan dan syaitan yang direjam
semoga Kau tetapkan ibuku di jalan yang lurus




"Wahai Tuhanku, Sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil" [al-Isra',17:24]


amin ya Rabb..



malam 2, sebelum aku  naik  kereta, ku  salami ibu dan pohon kemaafan,halalkan  segala yang pernah  diberikan  padaku...


kereta  abang meluncur  laju,hilang  ibu   dari pandanganku..
 ku  iringi doa buat ibu dalam lambaian salam terakhirku..



*****




sungguh, oghe rindu ko ma!!




p/s: dop sabo doh nok kelik ni..ya Allah, permudahkan segalanya..


Saturday, October 15, 2011

..jAngAN saMPai tErtiNGgaL geRabAk..

بسم  الله  الرحمن  الحيم

Gejala keciciran daripada arus perdana kebaikan boleh menular kepada setiap individu jika ia tidak dibendung dengan iman dan taqwa.

Di sinilah syaitan akan memainkan peranannya dengan menghalang orang-orang mukmin daripada bekerja dengan penuh kesungguhan. Oleh kerana itulah setiap dari kita mesti menyertakan kesabaran dan taqwa ketika mengharungi fitnah besar ini.

Seringkali kita dapati ramai generasi muda yang bersemangat pada peringkat awalnya tetapi mula mencari rentak baru apabila diberi sedikit ujian di dalam bentuk yang pelbagai.

Ada yang diuji dengan kesibukan kerjaya, ada yang diuji dengan keperitan hidup, ada yang diuji dengan kesenangan dunia, ada yang diuji dengan populariti, ada yang diuji dengan obses pendapat sendiri dan sebagainya.  
Ujian-ujian ini menyebabkannya semakin hari semakin menjauhkan diri daripada gerabak kebenaran dan kebaikan sehingga akhirnya dia sekadar menjadi pemerhati kepada sejarah yang berlaku.

Terjemahan hadith:
Dari Abu Amr, dan ada juga yang mengatakan Abu 'Amrah, Sufyan bin Abdillah As Tsaqofi r.hu dia berkata, saya berkata: Wahai Rasulullah S.A.W, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorang pun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: 'Saya beriman kepada Allah', kemudian berpegang teguhlah.[Riwayat Muslim]

Di antara pelajaran daripada hadith ini:
1.     Iman dan amal soleh mesti dimiliki dan diperbaharui.
2.     Istiqamah merupakan kehebatan di darjat yang tinggi.
3.     Perintah untuk istiqamah di jalan kebaikan dan ikhlas beribadah hingga mati.

Hidayah adalah milik Allah dan Dialah yang membolak-balikkan hati kita semua. Bagi mengelakkan diri daripada gejala keciciran ini, maka sudah semestinya kita meletakkan Allah sebagai satu-satunya tempat kita bergantung. Semuanya ini adalah milik Ilahi dan Dialah yang berupaya memberikan segala-galanya kepada kita.

Setiap kita seharusnya mengambil pengiktibaran daripada kisah-kisah para nabi yang terdahulu dan para sahabat yang berpegang teguh dengan janji-janji Allah swt sehingga mereka berjaya mengharunginya dan diberi kemenangan yang hakiki.

Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada fitnah ini.

Tuesday, October 11, 2011

..suNgguh, Allah Tahu..

بسم   الرحمن الرحيم

Assalamualaik
Alhamdulillah  wa  syukurilah atas segala  nikmat yang  Allah kurniakan
nikmat yang mana pasti tidak akan mampu  kita membalasnya
maka bersyukurlah wahai sahabatku
segala yang kita peroleh  ni sumenye free of charge
tak yah kena bayor2 pun..



"..maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?'"[ar-rahman]
ayat yang berulang kali Allah sebutkan..



"..Dialah yang menciptakan dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur" [al-mulk:23]



Allahu..
Sungguh Allah itu Maha Mendengar segala rintihan hambaNya..
tengah skodeng2 laman sesawang petang ni..
lalu Dia temukan 'sesuatu'
seolah2 mengetahui dan mengerti apa yang ku alami
Allah
sungguh, kau lebih dekat dari urat leherku sendiri
T_T







Allah bukan tidak menjawab segala doa. 
segala solat hajat,
 segala aduan,
 segala permintaan. 
Dia maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. 


bahkan, Dia itu bukan sahaja sekadar maha Mendengar, 
bukan sekadar Maha Pemakbul doa, 
tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu segala-galanya. 


Dia tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, 
untuk memakbulkan permintaan kita. 
Dia Maha Tahu kemampuan kita, 
sampai bilakah kita mampu bertahan.


Dia Maha Tahu, apakah menfaatnya ujian yang Dia berikan pada kita.




Sebab itu, lihatlah firmanNya berkenaan dengan 'kelewatan' pertolonganNya. Sumenye punya BONUS!




"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ." [al-Baqarah: 214]


Monday, October 10, 2011

..gELisah..

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaik..
syukur alhamdulillah ya Allah
masih aku diberi peluang menyedut oksigen yang kau berikan dengan percuma ini
nikmat iman, islam yang Kau berkati


allah allah
entah mengapa
dalam hati ini cukup rasa gelisah
mahu menangis sekuat-kuatnya ya allah


menasihati orang lain akan memberikan diri ini bahagia
sebagai langkah mengingatkan diri sendiri
as a guider to myself
not say that I am the best
rasa masih 'kekurangan' sesuatu ya Allah
T_T


sudah lama tidak berkunjung ke majlis ilmu
menagih sisa-sisa kalamMu
mengkin jua kurang zikir seharianku
ataupun bacaan quran yang tidak dihadam betul2
allahu
ati ini mencari-cari ya Allah


apakah taubatku yang selalu aku ingkari ya Allah?
apakah maksiatku yang menghijabkan ku kepadaMu ya Allah?
apakah ingatanku lalai dariMu ya Allah?
apakah lafaz ikrarku hanya seperti angin yang berlalu sahaja ya Allah?
ampunkan aku ya Allah..


"..dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."

ku pegang kalamMu ya Allah



allah allah......hu ya allah






p/s: lama sudah tak 'berdua' denganNya..T_T

Saturday, September 10, 2011

.. kEnaLi LubaNg jAhiLiah ..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik..
Seinfiniti kesyukuran padaNya..
Segala puji bagiAllah, Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam buat junjungan mulia, kekasih Allah, Nabi Muhammad saw

...

Dalam pekat malam itu,Allah masih lagi menemani,

Memberi satu pengertian yang abadi...
Malam itu, pekat sekali... Atas sebab-sebab tertentu, saya dan Sahibah perlu melalui kawasan padang yang gelap gelita, hanya ditemani cahaya rembulan yang samar.
Mereka yang lalu di situ pun hanya kelihatan seperti bayang. Gelap.
"Jalan hati-hati, tengok bawah. sini banyak lubang." Sahibah berpesan. Habis sahaja ayatnya itu...
"Adui!" Separa kaki saya masuk ke dalam lubang tersebut. Sakit. Tapi malu yang menerpa lebih menebal.
Pantas saya mengeluarkan kaki yang terpelosok ke dalam lubang tersebut. Menyorok sedikit di belakang Sahibah dan berharap tiada siapa yang nampak! (terlupa waktu itu amat gelap).
Esoknya, apabila hari sudah terang.. Kami melalui lagi padang tersebut.
"Haa.. inilah lubang yang Mas jatuh semalam!" Usik sahibah.
Saya diam sahaja, sambil tangan cepat sahaja menepuk-nepuk lengannya. Bagus juga saya tahu yang mana satu lubang yang telah 'menelan' separa kaki saya, teringat pula pada pesan Rasulullah S.A.W :
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali." [HR Bukhari & Muslim]






Kenali Lubang Yang Anda Terjatuh
Fitrah manusia itu mudah lupa dan leka. Fitrah manusia itu sering berbuat dosa.
Bukanlah anda manusia hebat andai dosa tidak pernah dilakukan, tidak pernah melakukan kesalahan atau tidak pernah gagal dalam kehidupan. Saya percaya semua manusia pasti ada satu 'sejarah' yang tersimpan kemas jauh di sudut hati...
Tidak mengapa... kerana anda adalah manusia hebat apabila anda bangkit dari segala kesilapan itu, terus melangkah dan melangkah... mengejar rahmat Allah yang satu, menggapai cinta-Nya adalah cita-cita yang jitu dan terus-terusan mengumpul air mata merayu pada keampunan-Nya.






Anda adalah hebat, jika anda mengenali lubang yang pernah anda terjatuh!
Duduklah dan muhasabah... Apakah kejahilan yang dilakukan dahulu, lubang-lubang kejahilan itu, kenali sebaiknya.. supaya nanti, apabila anda 'lalui' lagi di kawasan lubang itu, anda mampu mengelaknya...
Hebatnya Allah mencipta suatu rasa tidak enak dalam hati apabila kita ingin melakukan dosa, tetapi kita yang sering memaksa hati untuk melakukan sesuatu yang bukan fitrahnya... Hingga kita terjatuh ke dalam lubang kejahilan.
Namun begitu, jangan bimbang... apabila sudah terjatuh, berusahalah untuk keluar. Yakinlah Allah pasti akan membantu!






Bandingkan Diri Dengan Permata Islam
Mari duduk sejenak dan beriman.
Tak ada satu orang pun manusia yang suka dibandingkan. Saya faham betapa sakitnya hati jika diri dibandingkan dengan manusia lain. Tiada manusia yang sempurna, ya saya tahu.
Namun, untuk muhasabah... Lihatlah pada mereka yang amalnya lebih banyak daripada kita, moga ia menjadi satu inspirasi pada diri kita untuk merasa betapa kerdilnya kita di hadapan Allah. Kalau kita bandingkan diri dengan mereka yang lebih teruk, maka...
"Ish, oklah tu. Baik aku ni, aku solat, dia tak solat."
Ha... di mana muhasabahnya andai diri terus-terusan merasa diri sendiri adalah yang terbaik?


Untuk Muslimat yang dirahmati Allah... Ayuh kita lihat kehebatan cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah, beliau tenggelam dalam keenakan cinta kepada Allah hingga tidak ada cinta dari insani yang berjaya merebut hatinya. Hidupnya serba kekurangan, malah andai beliau terasa selesa dengan nikmat senang, beliau akan menangis kerana bimbang itu adalah istidraj(nikmat yang Allah beri supaya manusia lebih jauh dari Allah).
Suatu hari... Rabiatul Adawiyah dilihat membawa air di tangan kanan dan api di tangan kiri, lantas penduduk bertanya :
"Ya Rabiah, kamu mahu ke mana?"
Dan Rabiah membalas, "Aku mahu membakar Syurga dan memadam Neraka agar ia tidak menjadi penyebab manusia menyembah Allah."
"Ishhhh... saudari, biar betul Rabiah ni boleh bakar Syurga dan padam api Neraka?"
Sabar. Sabar.
Di sini terlihatlah kebijaksanaan Rabiah. Apa yang dilakukan itu hanyalah satu simbolik. Hakikatnya, dia ingin manusia berfikir... Sembahlah Allah kerana Allah semata, ikhlaslah dalam beribadat... Bukan kerana mahukan Syurga atau takutkan Neraka!


Buat Muslimin yang beriman... Sungguh terlalu banyak kisah kaum Muslimin yang mampu dijadikan tauladan, yang paling mulia adalah Rasulullah S.A.W sendiri, tetapi mungkin nanti kalian berkata... Kalian bukanlah Nabi yang suci dan mulia, walaupun telah diperingatkan Allah dalam al-Quran yang suci :
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu. [al-Kahfi : 110]
Tak apa... Mari kita lihat pada satu susuk tubuh bernama Saidina Umar al-Khattab. Saidina Umar juga pernah jatuh ke dalam lubang kejahilan. Pada saat beliau jatuh, beliau adalah seorang yang amat membenci Islam.
Setelah beliau keluar dan mengenal pasti lubang kejahilan itu.. beliau bangkit mempertahankan Islam, malah menjadi salah seorang yang dijanjikan Syurga. Tidak sekali-kali beliau jatuh lagi ke dalam lubang yang sama, kerana beliau sudah mengenal pasti lubang tersebut, senanglah untuk berhati-hati dan mengelaknya.
Beliau menjadi amat rapat dan kasih kepada Rasulullah S.A.W, sehingga apabila Rasulullah wafat, beliau tidak dapat menerima hakikat. Dihunusnya pedang dan beliau berkata :
"Siapa yang kata Rasulullah sudah wafat, aku penggal kepalanya!"
Saidina Umar.... Meski luarannya bengis ibarat singa, namun hatinya sungguh lunak. Dialah khalifah yang berjaga malam, meronda kawasan takluknya, memasak dan memikul gandum di pundaknya sendiri demi rakyatnya yang sedang kelaparan.







Sekarang mari kita meneliti... Siapa kita di hadapan-Nya?
Banggakah kita dengan amalan-amalan yang entah diterima, entah-entah dibaling semula ke bumi?
Mari muhasabah. Kenali lubang-lubang kejahilan dan elaklah sedaya mungkin!

Oh Allah,antara berjuta hambaMu yang bertaqwa, adakah diriku umpama sebutir pasir,
Jauh di pantai sana...


Wallahu'alam


sumber: iluvislam

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.