Tuesday, July 28, 2009

h1N1??



salam 'alaik...

alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt krn ana msih lagi hidup samapi ke hari nie, smpai ke saat & detik ini..(syukur gak dpt intrnet ni, bleh la post..~(^_-)~ )

"Hah, sya! Kau selsema?! Demam?! Batuk?! Baek kau pegi..Nyawa kau, nyawa kami ugak!Baek kau pegi sya..."

"Alah...tak nak! tak nak!! tak nak pegi!!"

Begitulah lagakku pagi tadi. Hampir je usai kelas bio cik halimah pg td, aku disuruh ke hospital dek selsema yg telah menjengah diriku ini. Bukan pe, kot2 nnti jgkit kt owg laen lak.. Ya Allah..! kalaulh diorg tau yg INSAN ini mmg tak suke g hospital, tentu diaorg takkan suh pegi kan??...
Nak d jadikn crite lg, puas dipujuk rayu, INSAN ini mmg degil!! tak berganjak jugak dari bangku lab 2!!
Akhirnya dtglh MUJAHIDAH sejati & terus menarik tgnku n kuar dr lab 2..dgn izin cik halimah laa.. Bjln la INSAN ni terkedek-kedek bersama mujahidah td..First skali g pentdbiran, epynya rase ble bas dh pn btolak..tp tetap sedey gak sbb mujahidah td telah bsungguh-sungguh trun tgga mrentasi bilik2 tutorial utk ke pntdbiran..(huhu..sedey2 )
Bertambahlah sedey ati INSAN nie ble ke HEP, mujahidah td d marah2 oleh akak kt pjbt tu.. YA Allah, peritnya atiku..Tabahkn ati shbtku e2 Ya Allah..(e2 je mmpu d lakukn, takkan nk g mrh akk 2 lak) trus diri ini b'istgfar..Kumat kamit mlut bzkir smbil bjln mghmpiri meja akak 2,mmta maaf n kami pn blalu dr situ..
Kuar je dr bilik 2, air mata ini trus bcucuran krn limpahan banjir yg xdpt d bendung kolam mata smbil memarahi shbt td..(isyh, xpatut lngsung marah kt ye..adoyai..) Maafkn daku shbt..


Slps e2,kami kedek2 lg utk kmbali ke kls, namun akhirnya diri ini brlalu pulang walaupun tau sesi P&P masih blum abih sbnrnye..Lalu pulanglh mujahidah td ke kls seorg diri..(Ya Allah, kau sajalh yg memhmi isi ati ku..)
Dgn perasaan yg sedey & pilu, INSAN ini pulang tkedek2..Tak dhiraukn ade ke tak mak guard kt pndok 2,trus je slambe naek ats..Smpai je kt blik, trus ku ke toilet ambik wudhuk & mghadap Yg Esa krn hnya pdNya dpt ku curahkn sglanye, hnya DIA Yg Maha Mengerti perasaan ini.. (Ya Allah, sebok gitome mase 2, bkn pe pn, sbb xsey g pital jah benanyo..)
Usai solat, ku bace lembaran2 surat cintaNya, buat mnmbh nyejuk ati..Alhamdulillah..

Dah d takdrkn, mmg akhrnya diri ini akn ke hospital gk..Ptg tu tumpang seorg kwn, kebetulan ye pn nk g hospital gk..Kerana INSAN ini sgt mengasihi sume shbt2nye, maka d lgkh kn jua kaki pinjamn Ilahi ini ke tmpt 'keramat' tu..Wktu mula2 smpai,mmg tkejut sb hmpir sume org pkai mask ijau.(ala..yg dktor surgery pkai 2..) fuuh..(mengeluh) kene H1N1 ke sume nie??!
Alhmdulillh, slps ujian saringan virus influenza H1N1 2, diri ini d sahkn suci bersih dr wabak tsebut..(^_^) cme selsema bese2 je..d pendekkn crite, lps ambik ubt, kmi pn pulang la..

Alhmdulillh...Moral value nye, jgn kte takut ke hospital n tlalu cepat2 wat tggpan awl..lagi, wk2 camni nie gk la kte dpt tau yg SAHABAT kte amt menyayangi kte..~(^_-)~


p/s: ketahuilah SAHABATku, ana amat menyayangi anti & jazakillahu khairan kathiran ats segalanya. Terima kasih Allah krn mngurniakn aku sahabat spt e2..Moga Kau rahmatinya sokmo n ukhwah fillah kami selamanya..amin..

Sunday, July 26, 2009

fiKiR2kaN & rEnuNG2kan..


salam 'alaik...


Kehidupan kita di dunia ialah kehidupan beramal atau bekerja, kehidupan berjuang dan berlawan-lawan seperti dalam perlumbaan. Tiap-tiap seorang hendaklah menjalankan bahagiannya sendiri dengan tidak bergantung kepada orang akan menjalankannya, tidak berharap kepada pertolongan orang akan menyempurnakannya. Ia sendiri mestilah berasa bertanggungjawab bagi menyempurnakan kewajipan dirinya dan tanggungan dirinya dalam perjuangan dan perlumbaan itu. Maka yang akan menang dalam perlumbaan itu hanyalah orang yang tetap, tekun, dan sabar menjalankan kerja-kerja kewajipannya itu dengan bergantung kepada ikhtiar dan daya upaya dirinya sendiri, dan memohon pertolongan hanya kepada Allah sahaja. Maka yang dikatakan perangai bergantung kepada diri sendiri itu ialah seseorang berbuat sendiri barang apa-apa kerjanya dan menimbang sendiri barang apa-apa halnya, serta sedia menanggung sendiri segala buruk baiknya apa-apa yang dikerjakanya itu. Ia tidak berhajat kepada sesiapa orang lain akan mengerjakannya atau menolong buatan baginya, kerja-kerja tanggungannya sendiri atau siapa-siapa rakan akan memikul tanggungjawab kerana kerja yang dibuatnya. Demikianlah sentiasa kelakuannya asalkan kerja-kerja dan hal-hal itu bukan daripada jenis yang wajib berkehendakkan pertolongan dan bantuan orang lain.

~Pendita Za'aba~

Friday, July 24, 2009

bERsyuKUrkAh kitEr??



Salam alaik… kabare sahabat2? Sudah agak lama rasanya jari jemari ini tidak menulis sesuatu untuk tatapan sebagai madah dan asbab kepada kita semua untuk mendapat suatu perkongsian ilmu yang mungkin dalam sedar atau tidak kita sebenarnya pernah merasainya... Alhamdulillah, hingga ke saat ini dapat kita semua merasai nikmat Allah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya..


La budda, tidak dapat tidak kita nafikan, begitu banyak sekali nikmatNya yang kita kecapi, kita rasai, kita gunakan.. Cuba sahabat2 hitung kembali, bermula dari lahirnya kita ke dunia ini hinggalah ke saat ini.. Selama hidup dan berpijak di bumi ini, nikmat apakah yang sudah pernah kita rasai? Nikmat apakah yang kita syukuri? Nikmat apakah yang kita selalu rungutkan? Nikmat apakah lagi?? Renung2kan kembali, selalukah kita bersyukur kepada kerana nikmatNya?? Atau langsung tidak terdetik di hati kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmtNya??

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan” (Ar-Rahman:13)

Sahabat2 sekalian, renungkanlah, betapa kerdilnya dan hina serta lemahnya kita.. Selalu meminta-minta.. Bila berkehendakkan sesuatu, pasti kita datang kepadaNya. Tapi bila dah dapat, terus kita lupakanNya. Teringat ana akan satu artikel yang ana baca di satu website yang sememangnya popular dengan pengajarannya. Artikel yang menggambarkan betapa kita ini

sebenarnya lupa kepada pencipta kita setelah kita mendapat apa yang kita inginkan..

“Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri(dengan sombong) ; tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa” (Fussilat:51)

Ketahuilah sahabat2 sekalian, ujian itu sebenarnya tarbiyah dari Allah untuk mendidik kita. Jika lambat Allah makbulkan doa kita, tidak bermakna Allah membenci kita atau meminggirkan kita, tetapi sebenarnya kerana terlalu sayangkan kita, Allah uji kita dengan sesuatu untuk mengetahui sejauh mana kecintaan kita kepadaNya. Dia mahu apa yang kita selama ini ikrarkan jelas dengan perbuatan. Dan sekiranya Allah cepat makbulkan doa kita, itu tandanya bahawa Allah itu amat menyayangi kita..Ya Allah! Subhanallah!!

“Tidak Allah membebani seseorang hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (AlBaqarah:286)

Secara ringkasnya, di sini ingin ana menyeru kepada semua termasuklah diri insan yang kerdil dan hina ini, apa jua yang menimpa kita dan apa jua yang kita peroleh, sentiasalah kita bermuhasabah dan back to basic.. Ingat kembali siapa kita dan dari mana kita sebenarnya datang dan kepada siapa kita akan dikembalikan (Yunus:56). Apapun, sentiasalah kita mensyukuri apa yang kita peroleh, kerana DIA MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hamba2Nya..

“..boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (AlBaqarah:216)

~ Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian, kedua-duanya adalah anugerah Tuhan ~

~(^_-)~

Tuesday, July 14, 2009

salam...
alhamdulilah,akhirnya dgn asbab yg telah d beri Allah,yg d sandrkn pd sahabat kesayangan ana, terbitlah satu artikel..Rantaian Qudwah PRESS...





syukur ke hadrat Ilahi krn d beri ana peluang utk menyampaikan sesuatu kpd org2 d luar sana, especially my classmate..kerana sygnye ana pd antunna krn Allah, ana sentiasa cube utk mmberi perkongsian ilmu dgn sedaya mgkin..ana harap apa yg ana sampaikan bukan sekadar on paper sahaja, ttp TERSERAP d ati antunna..amin..

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.