Tuesday, October 26, 2010

..cOntohi..


بسم الله الرحمن الرحيم

Contohi keimanan Abu Darda’

Salam’alaik…

Mata terpaku agak lama memandang tajuk surat khabar pagi ini..

Abu Darda’

seakan satu nama yang pernah ku dengar

Lantas neuron mencari jejak memori di mana tersimpanya nama itu

Ya, satu nama yang dimiliki insan yang cukup rendah diri dan bertaqwa kepada Allah

Seorang sahabat yang akrab dengan Nabi Muhammad

Seorang ahli fikah yang masyhur antara para sahabat

Juga digelar ‘Hakimul Ummah’

Apa yang benar-benar menarik perhatian saya tentang Abu darda’ ialah berkenaan satu kisah yang mana jelas menunjukkan keteguhan imannya kepada Allah swt.

Tenangnya beliau ketika ditimpa musibah dan yakinnya beliau terhadap kuasa Allah swt.

Diceritakan pada suatu hari, Abu Darda’ mendapat berita mengenai kebakaran yang berlaku di kawasan rumahnya. Dikatakan bahawa seluruh rumah yang ada di kawasan tersebut habis dijilat api. Tetapi, dengan tenangnya beliau mendengar berita itu dan menyerahkan segalanya kepada Allah swt. Pada waktu beliau diberitahu, Abu Darda’ sedang bekerja. Jelasnya, kerja itu sudah diamanahkan kepadanya dan perlu diselesaikan terlebih dahulu tambahan pula jarak tempat kerjanya jauh dengan rumah. Abu Darda’ hanya bertawakal kepada Allah. Petang itu, Abu Darda’ pulang setelah selesai kerjannya seperti biasa. Sampai sahaja di kawasan tempat tinggalnya, beliau melihat semua rumah yang ada musnah terbakar. Tidak ada satu pun yang teguh dan terselamat. Abu Darda’ meneruskan perjalanannya sehingga sampai ke rumahnya. Alangkah terkejutnya bila melihat rumahnya masih dalam keadaaan elok dan tidak terbakar sedikit pun. Ucapan syukurnya terus menitip di bibir tanpa henti pada Yang Esa.

Jadi sahabat-sahabat, hebatnya kuasa tawakal kepada Allah kan? Allah lebih mengetahui tentang sesuatu perkara. Sekiranya Allah mahu sesuatu perkara itu berlaku, maka pasti ia akan berlaku dengan izinNya jua.

Kaitannya dengan apa yang berlaku pada saya.

Semalam,ditakdirkan Allah saya minta tumpangkan kuih yang dikirim emak kat café. Pagi itu, dengan terkejar-kejar takut ditinggalkan bas, tidak sempat untuk saya memberitahu sendiri kepada tauke café berkenaan. Lalu,kuih tersebut saya kirimkan kepada akak yang bekerja di situ. Petangnya, sepulangnya dari Kuala Koyan, terus saya ke café berkenaan untuk ambil kuih tu. Unfortunately, setelah mendapat kepastian, mereka bagitahu saya yang kuih tadi ‘telah selamat di dalam tong’. Bisik hatiku, biarlah, tak ada rezekilah tu. Nak wat cane,biarlah. Ada hikmahnya tue. Allah lebih tau yang terbaik.. “Ya Allah, tenangkanlah hatiku..”

N hari ni,cam biasa, pergi ke café untuk tempah makanan petang nanti. Lalu, sorang pekerja tu panggil dan bagitahu yang kuih semalam masih ada. Padahal, semalam mereka dah bermatian gitau yang kuih tu dah dibuang. Namun, rezeki Allah tu bila-bila masa je boleh datang kan???(^_^) takde perkataan lain selain ucapan ALHAMDULILLAH mampu ku tuturkan waktu tu. Terkejut, tak sangka,gembira, syukur, semuanya bercampur… papepun, terima kasih jugak kat sume yang kat cafe tu..thank u so much!!

Emm,indahnya redha dan tawakal pada Allah..

Bersangka baiklah dengan Allah..

Apa jua berlaku, redhalah.. kerana bila kita redha denga ketentuanNya, ketenangan itu pasti hadir mengiringi..

Berfirman Allah taala yang bermaksud:

“Wahai anak Adam, beramallah seperti mana yang Ku suruh dan tinggalkanlah perkara yang Ku tegah, nescaya Aku akan menjadikan engkau hidup dan tidak akan mati selam-lamanya.

Aku hidup dan tidak mati selama-lamanya.

Apabila Aku berkata ‘jadilah’ maka akan jadilah perkara tersebut.

Wahai anak Adam, sekiranya perkataanmu baik tetapi amalnmu keji maka engkaulah penghulu segala orang munafik. Sekiranya zahirmu baik tetapi batinmu keji maka engkau tergolong dalam golongan yang binasa.

Mereka itu menipu Allah tetapi sebenarnya Allah yang menipu mereka. Tiada penipuan yang mereka rencanakan melainkan terhadap diri mereka sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya.

Wahai anak Adam, tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan mereka yang merendah diri terhadap kebesaranKu dan mengingatiKu setiap waktu serta melawan nafsunya daripada ajakan syahwat semata-mata keranaKu.

Sesungguhnya Aku pelindung orang yang dagang dan mententeramkan orang fakir. Aku memuliakan anak yatim. Aku bagi mereka itu seorang bapa yang penyayang. Aku seperti suami yang bertimbang rasa terhadap janda. Barangsiapa yang bersifat dengan sifat tersebut maka jadilah Aku ini yang memperkenankan baginya. Apabila dia berdoa sesuatu nescaya Aku akan memperkenankanya. Apabila dia meminta kepadaKu nescaya Aku akan memberikannya”.

[Petikan Hadis Qudsi,kitab Imam al-Ghazali:al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah]

No comments:

Post a Comment

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.