Tuesday, July 13, 2010

..mUhasAbAh ciNtakU..



بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

fRom EdCoustic
http://liriknasyid.com


Saturday, July 10, 2010

miNGgu uNtuKmu wANita


بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik

PENGUMUMAN! PENGUMUMAN!
Tawaran hebat buat semua guru pelatih wanita IPGTAA.
Buat julung kalinya, HELWI akan membuka tirai kembali pada tahun ini dengan satu program KHAS untuk semua guru pelatih wanita MUSLIM dan juga NON-MUSLIM. Sepanjang minggu tersebut akan diadakan pelbagai aktiviti menarik. Ayuh, bersama kita semarakkanya!!

"MINGGU UNTUKMU WANITA"



TENTATIF PROGRAM
“ MINGGU UNTUKMU WANITA ”

Isnin, 12 Julai 2010 (Dewan Darul Makmur)

7.20 pm : Solat Maghrib Dan Isyak Berjemaah
8.45 pm : Ketibaan Guru Pelatih
9.00 pm : Ketibaan Vip
9.15 pm : Bacaan Doa
9.30 pm : Pertandingan “Voice Of Nisa’ ”
10.30 pm : Tari Nisa’
Persembahan Tarian Guru Pelatih Melayu, Cina Dan India
11.15 pm : Pengumuman Keputusan Pertandingan
Bersurai
5.40 am : Solat Subuh Berjemaah

Selasa, 13 Julai 2010 (Kafeteria Saidatina Aisyah)

4.30 pm : Solat Asar Berjemaah
5.00 pm : Pendaftaran Peserta
Bacaan Doa
Taklimat
5.15 pm :Pertandingan “ Iron Women”
5.45 pm : Pengadilan Masakan
6.00 pm : Keputusan Pertandingan
Bersurai
7.20 pm : Solat Maghrib Dan Isyak Berjemaah


Rabu, 14 Julai 2010 (Dewan Darul Makmur)

7.20 pm : Solat Maghrib Dan Isyak Berjemaah
8.45 pm : Ketibaan Guru Pelatih
9.00 pm : Ketibaan Vip
9.15 pm : Bacaan Doa
9.30 pm : Pertandingan Busana Muslimah
10.30 pm : Persembahan Dari Para Pensyarah
Persembahan Dari Guru Pelatih
11.00 pm : Peragaan Busana Muslimah - “ This How Islam Appreciate Us “
11.15 pm : Pengumuman Keputusan Pertandingan
11.30 pm : Bersurai
5.40 am : Solat Subuh Berjemaah

Khamis, 15 Julai 2010 (Dewan Darul Makmur)

7.20 pm : Solat Maghrib Dan Isyak Berjemaah
8.45 pm : Ketibaan Guru Pelatih
9.00 pm : Ketibaan Vip
9.15 pm : Bacaan doa & al-quran
9.30 pm : Tayangan Video
10.00 pm : Slot “ Harusnya Cinta……..
“ Pohon Iman”
10.30 pm : Perasmian Penutup
Penyampaian Hadiah
10.45 pm : Bersurai
5.40 am : Solat Subuh Berjemaah


p/s: semua dijemput hadir..WANITA sahaja ye..~(^_-)~ bersama kita imarahkanya!!

~siiru 'ala barakatillah~

Friday, July 9, 2010

yUp!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam’alaik

Syukur Alhamdulillah

Syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan nikmat dan segala pemberianNya padaku sehingga ke saat ini. Syukur kepadaNya kerana masih menggerakkan jari-jemariku untuk menari-nari di papan lappyku untuk mencoret sesuatu yang bermakna di sini.

Peneguran secara langsung dariNya. Em,jarang sekali kita mendengarnya kan. Dan jarang sekali kita menyedarinya. Dah terkena,barulah kita tersedar. Tu pun nasib baik kita tersedar,tidak hanyut leka dan alpa. Bak kata pepatah Melayu,’dah terhantuk,baru terngadah’.. betul ek pepatah ni?? Entahlah,tapi buat-buat betul la ye..hehehe

Teringat satu cerita yang diberitahu Hilal Asyraf dalam bukunya,Kembara Hamba Mencari Cahaya,”menyembur api ke langit”. Sewaktu di uji Allah,perlukah dan berbaloikah kita melakukan demikian?? Akan hilangkah segala sakit yang menyesak dada dan menyerabuti kepala dengan berbuat demikian?? Dan satu persoalan yang paling penting, MESTIkah kita melakukan demikian??

Terfikirkah kita mengapa Allah menguji kita? Terdetik kah di hati kita mengapa Allah memilih kita?? Kenapa KITA??oppps…kenapa AKU?? Teringatkah akan firmanNya,”Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesannggupannya..” nah! Allah sendiri dah bagitau awal2,kitalah yang kena mencari sebabnya sendiri. Allah dah kurniakan nikmat berharga yakni AKAL yang mana tidak diberi kepada makhluk lain selain MANUSIA.

Allah memberi ujian untuk membersihkan dosa-dosa kita yang lalu, jua untuk menguji iman kita dan yang paling penting untuk menjadikan kita lebih tabah dan cekal untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Mengapa mesti kita menjatuhkan diri di saat Allah ingin menaikkan martabat kita??

Mengapa kita nak tunjuk ketidakmampuan kita untuk hadapinya walhal Allah tahu yang kita boleh hadapinya??

Mengapa kita ingin menolak tawaran hebat Allah yang bukan selalunya datang menjengah kepada kita?

Mengapa kita nak tolak peluang nie??

Kita selalu berdoa meminta untuk kuat dan tabah. Jadi,Allah bagi kita ujian dan dugaan untuk kita selami dan hadapi dalam proses untuk menjadikan kita kuat dan tabah. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Andai Dia tidak tahu semua itu,pasti tidak semudah itu Dia memberinya kepada kita. Justeru, mengapa mesti kita tunjukkan kelemahan kita sedangkan kita bisa menghadapinya?? Kita masih punya kekuatan sekeliling yang diberiNya untuk membantu kita menghadapi ujian ini. Kita cukup2 istimewa dan beruntung!! Ketika di uji,masih lagi diberi ‘kemudahan’ untuk mengharungi ujian tersebut!! Bersyukurlah kamu!!

Ya,bersyukurlah wahai hambaAllah!! Bersyukurlah!! Ya,aku bersyukur. Kerana Dia masih sudi memandang aku yang kerdil ini. Dia masih sudi menegurku diwaktu aku terleka. Dia masih sudi menyapa aku di waktu aku di ulit masa senangku dan Dia masih sudi mendengar luahanku di waktu aku sendirian. Aku tahu Dia sentiasa di sisiku sewaktu aku memerlukannya dan Dia sebenarnya sentiasa ada dekat denganku,dekat sangat. Di saat aku berjalan mancariNya,Dia telah Berlari mendapatkanku.. YA ALLAH,THANKS FOR EVERYTHING!!

"wahai Tuhan yang membolak-balikan hati,

tetapkanlah hatiku dalam agamaMu dan ketaatanku padaMU"

p/s: ya Allah,tabahkan hatiku menghadapi ujian ini. Engkau yang mengadakan sesuatu,maka Engkau jua yang berhak menghilangkanya. Engkau yang memberi,maka Engkau jua yang berkuasa mengambilnya.. apa yang Kau kurniakan,semuanya hanyalah pinjaman sementara buatku..Ya Allah,kuatkan daku dan jangan sekali-kali Kau palingkan hatiku dariMu.

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.