Wednesday, January 13, 2010

hAti yG pErLu d iNgtKaN..



بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah swt fil kitabil aziz…

Mafhumnya : “Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahanam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, MEREKA PUNYA HATI tetapi TIDAK FAHAM dengannya, punya TELINGA tetapi TIDAK MENDENGAR dengannya, punya MATA tetapi TIDAK MELIHAT dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi”.

Dalam ayat di atas, Allah telah menjelaskan bahwasanya hati merupakan tempat letaknya kefahaman. So, sesuatu peringatan itu berjaya sekiranya ia benar-benar meresap ke dalam hati untuk membentuk kefahaman. Oleh itu, sasaran sesuatu peringatan sebenarnya bukan pada akal TETAPI terus pada HATI. Pancaindera seperti mata dan juga telinga hanyalah bertindak sebagai perantara yakni pengumpul maklumat untuk memuncakkan sesuatu kefahaman sehingga ia betul-betul meresap ke dalam hati kita.

Maka di sini, kita seharusnya dan sepatutnya sentiasa memperingatkan diri kita (ati kita la) sokmo. Terutama sekali tentang Allah. Kita mesti kena sokmo ingat dan faham srta akui bahawa apa jua yang terjadi sebenarnya telah dirancang dengan sebaik-baiknya oleh Allah swt kerana DIA adalah sebaik-baik perancang dan DIA Maha Mengatahui segala yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Kita kena terima dengan redha segala ketentuan tu kerana ia adalah qada dan qadar Allah swt. Dan ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (13:28)…


No comments:

Post a Comment

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.