Saturday, October 15, 2011

..jAngAN saMPai tErtiNGgaL geRabAk..

بسم  الله  الرحمن  الحيم

Gejala keciciran daripada arus perdana kebaikan boleh menular kepada setiap individu jika ia tidak dibendung dengan iman dan taqwa.

Di sinilah syaitan akan memainkan peranannya dengan menghalang orang-orang mukmin daripada bekerja dengan penuh kesungguhan. Oleh kerana itulah setiap dari kita mesti menyertakan kesabaran dan taqwa ketika mengharungi fitnah besar ini.

Seringkali kita dapati ramai generasi muda yang bersemangat pada peringkat awalnya tetapi mula mencari rentak baru apabila diberi sedikit ujian di dalam bentuk yang pelbagai.

Ada yang diuji dengan kesibukan kerjaya, ada yang diuji dengan keperitan hidup, ada yang diuji dengan kesenangan dunia, ada yang diuji dengan populariti, ada yang diuji dengan obses pendapat sendiri dan sebagainya.  
Ujian-ujian ini menyebabkannya semakin hari semakin menjauhkan diri daripada gerabak kebenaran dan kebaikan sehingga akhirnya dia sekadar menjadi pemerhati kepada sejarah yang berlaku.

Terjemahan hadith:
Dari Abu Amr, dan ada juga yang mengatakan Abu 'Amrah, Sufyan bin Abdillah As Tsaqofi r.hu dia berkata, saya berkata: Wahai Rasulullah S.A.W, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorang pun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: 'Saya beriman kepada Allah', kemudian berpegang teguhlah.[Riwayat Muslim]

Di antara pelajaran daripada hadith ini:
1.     Iman dan amal soleh mesti dimiliki dan diperbaharui.
2.     Istiqamah merupakan kehebatan di darjat yang tinggi.
3.     Perintah untuk istiqamah di jalan kebaikan dan ikhlas beribadah hingga mati.

Hidayah adalah milik Allah dan Dialah yang membolak-balikkan hati kita semua. Bagi mengelakkan diri daripada gejala keciciran ini, maka sudah semestinya kita meletakkan Allah sebagai satu-satunya tempat kita bergantung. Semuanya ini adalah milik Ilahi dan Dialah yang berupaya memberikan segala-galanya kepada kita.

Setiap kita seharusnya mengambil pengiktibaran daripada kisah-kisah para nabi yang terdahulu dan para sahabat yang berpegang teguh dengan janji-janji Allah swt sehingga mereka berjaya mengharunginya dan diberi kemenangan yang hakiki.

Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada fitnah ini.

Tuesday, October 11, 2011

..suNgguh, Allah Tahu..

بسم   الرحمن الرحيم

Assalamualaik
Alhamdulillah  wa  syukurilah atas segala  nikmat yang  Allah kurniakan
nikmat yang mana pasti tidak akan mampu  kita membalasnya
maka bersyukurlah wahai sahabatku
segala yang kita peroleh  ni sumenye free of charge
tak yah kena bayor2 pun..



"..maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?'"[ar-rahman]
ayat yang berulang kali Allah sebutkan..



"..Dialah yang menciptakan dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur" [al-mulk:23]



Allahu..
Sungguh Allah itu Maha Mendengar segala rintihan hambaNya..
tengah skodeng2 laman sesawang petang ni..
lalu Dia temukan 'sesuatu'
seolah2 mengetahui dan mengerti apa yang ku alami
Allah
sungguh, kau lebih dekat dari urat leherku sendiri
T_T







Allah bukan tidak menjawab segala doa. 
segala solat hajat,
 segala aduan,
 segala permintaan. 
Dia maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. 


bahkan, Dia itu bukan sahaja sekadar maha Mendengar, 
bukan sekadar Maha Pemakbul doa, 
tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu segala-galanya. 


Dia tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, 
untuk memakbulkan permintaan kita. 
Dia Maha Tahu kemampuan kita, 
sampai bilakah kita mampu bertahan.


Dia Maha Tahu, apakah menfaatnya ujian yang Dia berikan pada kita.




Sebab itu, lihatlah firmanNya berkenaan dengan 'kelewatan' pertolonganNya. Sumenye punya BONUS!




"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ." [al-Baqarah: 214]


Monday, October 10, 2011

..gELisah..

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaik..
syukur alhamdulillah ya Allah
masih aku diberi peluang menyedut oksigen yang kau berikan dengan percuma ini
nikmat iman, islam yang Kau berkati


allah allah
entah mengapa
dalam hati ini cukup rasa gelisah
mahu menangis sekuat-kuatnya ya allah


menasihati orang lain akan memberikan diri ini bahagia
sebagai langkah mengingatkan diri sendiri
as a guider to myself
not say that I am the best
rasa masih 'kekurangan' sesuatu ya Allah
T_T


sudah lama tidak berkunjung ke majlis ilmu
menagih sisa-sisa kalamMu
mengkin jua kurang zikir seharianku
ataupun bacaan quran yang tidak dihadam betul2
allahu
ati ini mencari-cari ya Allah


apakah taubatku yang selalu aku ingkari ya Allah?
apakah maksiatku yang menghijabkan ku kepadaMu ya Allah?
apakah ingatanku lalai dariMu ya Allah?
apakah lafaz ikrarku hanya seperti angin yang berlalu sahaja ya Allah?
ampunkan aku ya Allah..


"..dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."

ku pegang kalamMu ya Allah



allah allah......hu ya allah






p/s: lama sudah tak 'berdua' denganNya..T_T

Saturday, September 10, 2011

.. kEnaLi LubaNg jAhiLiah ..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik..
Seinfiniti kesyukuran padaNya..
Segala puji bagiAllah, Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam buat junjungan mulia, kekasih Allah, Nabi Muhammad saw

...

Dalam pekat malam itu,Allah masih lagi menemani,

Memberi satu pengertian yang abadi...
Malam itu, pekat sekali... Atas sebab-sebab tertentu, saya dan Sahibah perlu melalui kawasan padang yang gelap gelita, hanya ditemani cahaya rembulan yang samar.
Mereka yang lalu di situ pun hanya kelihatan seperti bayang. Gelap.
"Jalan hati-hati, tengok bawah. sini banyak lubang." Sahibah berpesan. Habis sahaja ayatnya itu...
"Adui!" Separa kaki saya masuk ke dalam lubang tersebut. Sakit. Tapi malu yang menerpa lebih menebal.
Pantas saya mengeluarkan kaki yang terpelosok ke dalam lubang tersebut. Menyorok sedikit di belakang Sahibah dan berharap tiada siapa yang nampak! (terlupa waktu itu amat gelap).
Esoknya, apabila hari sudah terang.. Kami melalui lagi padang tersebut.
"Haa.. inilah lubang yang Mas jatuh semalam!" Usik sahibah.
Saya diam sahaja, sambil tangan cepat sahaja menepuk-nepuk lengannya. Bagus juga saya tahu yang mana satu lubang yang telah 'menelan' separa kaki saya, teringat pula pada pesan Rasulullah S.A.W :
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali." [HR Bukhari & Muslim]






Kenali Lubang Yang Anda Terjatuh
Fitrah manusia itu mudah lupa dan leka. Fitrah manusia itu sering berbuat dosa.
Bukanlah anda manusia hebat andai dosa tidak pernah dilakukan, tidak pernah melakukan kesalahan atau tidak pernah gagal dalam kehidupan. Saya percaya semua manusia pasti ada satu 'sejarah' yang tersimpan kemas jauh di sudut hati...
Tidak mengapa... kerana anda adalah manusia hebat apabila anda bangkit dari segala kesilapan itu, terus melangkah dan melangkah... mengejar rahmat Allah yang satu, menggapai cinta-Nya adalah cita-cita yang jitu dan terus-terusan mengumpul air mata merayu pada keampunan-Nya.






Anda adalah hebat, jika anda mengenali lubang yang pernah anda terjatuh!
Duduklah dan muhasabah... Apakah kejahilan yang dilakukan dahulu, lubang-lubang kejahilan itu, kenali sebaiknya.. supaya nanti, apabila anda 'lalui' lagi di kawasan lubang itu, anda mampu mengelaknya...
Hebatnya Allah mencipta suatu rasa tidak enak dalam hati apabila kita ingin melakukan dosa, tetapi kita yang sering memaksa hati untuk melakukan sesuatu yang bukan fitrahnya... Hingga kita terjatuh ke dalam lubang kejahilan.
Namun begitu, jangan bimbang... apabila sudah terjatuh, berusahalah untuk keluar. Yakinlah Allah pasti akan membantu!






Bandingkan Diri Dengan Permata Islam
Mari duduk sejenak dan beriman.
Tak ada satu orang pun manusia yang suka dibandingkan. Saya faham betapa sakitnya hati jika diri dibandingkan dengan manusia lain. Tiada manusia yang sempurna, ya saya tahu.
Namun, untuk muhasabah... Lihatlah pada mereka yang amalnya lebih banyak daripada kita, moga ia menjadi satu inspirasi pada diri kita untuk merasa betapa kerdilnya kita di hadapan Allah. Kalau kita bandingkan diri dengan mereka yang lebih teruk, maka...
"Ish, oklah tu. Baik aku ni, aku solat, dia tak solat."
Ha... di mana muhasabahnya andai diri terus-terusan merasa diri sendiri adalah yang terbaik?


Untuk Muslimat yang dirahmati Allah... Ayuh kita lihat kehebatan cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah, beliau tenggelam dalam keenakan cinta kepada Allah hingga tidak ada cinta dari insani yang berjaya merebut hatinya. Hidupnya serba kekurangan, malah andai beliau terasa selesa dengan nikmat senang, beliau akan menangis kerana bimbang itu adalah istidraj(nikmat yang Allah beri supaya manusia lebih jauh dari Allah).
Suatu hari... Rabiatul Adawiyah dilihat membawa air di tangan kanan dan api di tangan kiri, lantas penduduk bertanya :
"Ya Rabiah, kamu mahu ke mana?"
Dan Rabiah membalas, "Aku mahu membakar Syurga dan memadam Neraka agar ia tidak menjadi penyebab manusia menyembah Allah."
"Ishhhh... saudari, biar betul Rabiah ni boleh bakar Syurga dan padam api Neraka?"
Sabar. Sabar.
Di sini terlihatlah kebijaksanaan Rabiah. Apa yang dilakukan itu hanyalah satu simbolik. Hakikatnya, dia ingin manusia berfikir... Sembahlah Allah kerana Allah semata, ikhlaslah dalam beribadat... Bukan kerana mahukan Syurga atau takutkan Neraka!


Buat Muslimin yang beriman... Sungguh terlalu banyak kisah kaum Muslimin yang mampu dijadikan tauladan, yang paling mulia adalah Rasulullah S.A.W sendiri, tetapi mungkin nanti kalian berkata... Kalian bukanlah Nabi yang suci dan mulia, walaupun telah diperingatkan Allah dalam al-Quran yang suci :
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu. [al-Kahfi : 110]
Tak apa... Mari kita lihat pada satu susuk tubuh bernama Saidina Umar al-Khattab. Saidina Umar juga pernah jatuh ke dalam lubang kejahilan. Pada saat beliau jatuh, beliau adalah seorang yang amat membenci Islam.
Setelah beliau keluar dan mengenal pasti lubang kejahilan itu.. beliau bangkit mempertahankan Islam, malah menjadi salah seorang yang dijanjikan Syurga. Tidak sekali-kali beliau jatuh lagi ke dalam lubang yang sama, kerana beliau sudah mengenal pasti lubang tersebut, senanglah untuk berhati-hati dan mengelaknya.
Beliau menjadi amat rapat dan kasih kepada Rasulullah S.A.W, sehingga apabila Rasulullah wafat, beliau tidak dapat menerima hakikat. Dihunusnya pedang dan beliau berkata :
"Siapa yang kata Rasulullah sudah wafat, aku penggal kepalanya!"
Saidina Umar.... Meski luarannya bengis ibarat singa, namun hatinya sungguh lunak. Dialah khalifah yang berjaga malam, meronda kawasan takluknya, memasak dan memikul gandum di pundaknya sendiri demi rakyatnya yang sedang kelaparan.







Sekarang mari kita meneliti... Siapa kita di hadapan-Nya?
Banggakah kita dengan amalan-amalan yang entah diterima, entah-entah dibaling semula ke bumi?
Mari muhasabah. Kenali lubang-lubang kejahilan dan elaklah sedaya mungkin!

Oh Allah,antara berjuta hambaMu yang bertaqwa, adakah diriku umpama sebutir pasir,
Jauh di pantai sana...


Wallahu'alam


sumber: iluvislam

.. sOmetiM ..


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaik..

Alhamdulillah wa syukurillah..

Masih lagi menghela dalam nafas-nafas Islam dan


semoga selamanya begini


Moga2 bila Dia menjemput nanti, aku akhiri hayat duniaku dgn kalimah tauhid

ameen, ameen, ameen ya rabb





Sekadar satu madah perkongsian bersama



"Cintai Tuhanmu dahulu dan akrablah bersamanya dengan jalan-jalan yang ada. Bila kau menjaganya, Dia akan menjaga kau nanti. Mudah-mudahan akan Dia titipkan seorang yang lebih bagus untuk menjaga kau suatu hari nanti."





p/s: sentiasa memohon dariNya agar mengurniakan yang terbaik buatku.. -,-*

Thursday, September 1, 2011

..pUsarA itU..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik..

Alhamdulillah wa syukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indahnya langkah bersamaan

Sungguh indah bait-bait lirik dari lagu 'alhamdulillah' dendangan Opick feat Amanda
Em,bukan nak menghurai lebih ttg lagu d atas
tapi, nak berkongsi sesuatu dengan sahabat semua..


sudah menjadi kebiasaan umat Islam di malaysia, first day raya mesti akan pergi ziarah pusara kan..
dah nampak macam adat dah..huhu


[ dialog di bawah mesti dibaca dengan nada suara upin ipin dan opah ]

' Kenapa ye Opah kiter kene ziarah pusara??'

'Kita ziarah pusara supaya kita akan lebih mengingati mati. Mati itu adalah sesuatu yang pasti berlaku kepada setiap makhluk yang bernyawa.'

[ dialog di atas adalah antara upin ipin dengan opahnya..^_^ ]


em, first raya ari tu pun syair dengan family p ziarah pusara..
pusara atuk, nenek2, tok sedara2 dan last but not list, permata kami sekeluarga..
em, adik pergi dulu menemuiNya, Allah lebih tahu dan lebih sayangkanya..
sebab Allah lebih menyayangi dia lebih dari kami semua menyayangi dia

dah 9 tahun dah kami beraya tanpa dia
tapi dia tetap di hati kami sekeluarga selamanya

em, tak nak citer panjang2,
takot2 kang ada je air yang menitis dari mata ini

kenangan yang terlalu banyak
pahit manis suka duka bersamanya
gurau senda lawak jenaka
takkan aku lupa



doaku,
semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh
amin...


..sungGuh..


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaik
Alhamdulillah, syukur ya Allah
masih lagi aku bernafas, menghirup dan menikmati segala pemberianMua dan menghela dalam Iman dan Islam yang Kau kurniakan


Sungguh, ramadhan kali ini memberi erti yang begitu banyak
segala apa yang di alami ramadhan ini
ku rasa dekat denganMu
ya Allah, aku rindu ramadhan itu


sayu di hati ini belum hilang lagi
pemergiannya tak ku relai
ya Allah, ku pingin ketemunya lagi
sungguh singkat perjalanan ini
baru semalam rasanya masih bersama
namun, sudah takdir yang tak kan dapat di betah lagi
moga ramadhan berikutnya dapat ku temui dgn barakah dariMu Ilahi


ku mengharap padaMu ya Allah
sangat sangat ya Allah
ku rindu ramadhanMu sesungguh hatiku
moga segala apa yang ku lakukan tetap dalam redhaMu ya Allah
istiqamahkan daku di perjalanan seterusnya
moga ini bukan yang terakhir buatku ya Allah
T__T



'Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua oranng tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh' [27:19]

..amin ya rabb..




p/s: selamat menjalani 'pemfitrahan' kembali..moga terus istiqamah dgn pengislahan tarbiyah ramadhan..taqabalallah minna wa minkum..maaf zahir batin buat sume..

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.