Sunday, August 21, 2011

++ Allah...Allah...Allah ++

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik..
Syukur ya Allah atas segala nikmatMu yang Kau berikan tanpa pernah jemu@meminta bayaran mahupun imbalan
Helaan dalam zikrullah sesungguhnya menenangkan hati
Seinfiniti syukur kepadaMu ya Allah


ya Allah
salahkah aku meminta
salahkah aku memohon
bukankah Kau Maha Mendengar
Maha Pengasih
Maha Penyayang
Maha Memberi

ya Allah
bukankah Engkau yang memberikan ketenangan
memberikan kegembiraan
memberikan dan mengurniakan segala-galanya

ya Allah
ampunilah aku
maafkan aku
aku hambaMu yang lemah
selalu saja aku tersasul
selalu saja aku mengeluh
selalu saja aku merungut

ya Allah
ampunkan aku
syukurku padaMu mungkin hanya sekelumit
syukurku padaMu belum sempurna
syukurku bukan dengan penuh keimanan

ya Allah
ampunkanlah aku
ampunkanlah aku
ampunkanlah aku ya Allah


ya Allah
jangan Kau letakkan aku dalam lautan dosa
jangan Kau tinggalkan aku dalam lautan nafsu
jangan ya Allah
jauhkan aku dari angan2 dunia
angan2 yang bagaikan debu berterbangan

ya Allah
kutiplah aku
sekalipun aku di gigi pantai
hanyut pergi dan kembali bersama ombak pantai
hancur bersama buih2 badai

ya Allah
sungguh aku takut
sungguh aku gentar
takut Engkau tidak lagi memandang aku
gentar untuk berjumpa denganMu nanti
takut memikirkan bila tiba masanya nanti
gentar akan pertemuan di hari Kebangkitan semula
dengan bekal sekelumit yang terkadang pun bisa hilang begitu sahaja

ya Allah
aku tahu
aku yakin
dan
aku percaya
bahawa Engkau Maha Mendengar
Maha Pengasih
Maha Penyayang
Maha Menerima Taubat
akan kekhilafan hambaMu ini
Maha Bekuasa Engkau dalam menentukan segalnya

ya Allah
selamatkanlah aku dari api neraka
masukkanlah aku ke dalam syurgaMu
letakkanlah aku bersama golongan hamba-hambaMu yang Engkau kasihi

ya Allah
berikanlah aku kebaikan di dunia dan di akhirat
jauhilah aku dari kemaksiatan kepadaMu
dekatkanlah aku dengan kerinduan kepadaMu
rahmatilah aku selalu
berkatilah setiap detik waktuku
lapangkanlah dadaku dan tenangkanlan hatiku sentiasa
jadikanlah dalam hatiku hanya ada Mu ya Allah


"dan TuhanMu berfirman..
Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan kepadamu.."
[40:60]





p/s: ayuh same2 'kayuh' selaju mungkin.. kita dah masuk fasa terakhir ramadhan..jangan biarkan ia berlalu dengan sia2!!..sungguh, Allah tak pernah memungkiri janjiNya..ayuh!! ~(^_-)~

Wednesday, August 17, 2011

..Allahu..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik..

Seinfiniti syukur padaMu ya Allah
masih aku di bualn al-mubarak ini..moga Engkau sampaikan aku ke al-mubarak seterusnya..amin..
selawat serta salam buat Nabi junjungan mulia..
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah


Meninggalkan teratak ini agak lama
kekangan masa yang memaksa diri tidak berkesempatan untuk berkongsi sesuatu di sini
dalam menyelesaikan masalah hati
yang benar2 memerlukan 'rawatan serius'..(fuhh..naseb baek x masuk hospital..hehe)

Hanya ingin berkongsi sesuatu ketika blogwalkking d pagi ini..
huhu..
ku harap Dia memilih yang terbaik buat diriku



buat insan yg ditakdirkan untukku
dari bakal mentuamu..



Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati lain yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,
Kuingin menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela semua puterinya dimadukan,
Baginda telah lalui kepayahannya,
Tak mahu menantunya turut kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tidak bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Kerana Dia hormat fitrah hati perasaan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Bakal Menantuku,
Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah tumpuan cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Bakal Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,
Sudikah syaratku kau terima?

***


ya Allah
ya Rahman ya Rahim
aku tidak meminta yang lebih dariMu
aku memohon setulusnya kepadaMu
kurniakanlah daku seorang hambaMu yang dapat membimbing dan memimpinku untuk terus berada di jalanMu
seseorang yang sentiasa mengingatku kepadaMu
seseorang yang tak pernah melalaikan aku dariMu
seseorang yang akan menghiasi rumahku dengan alunan zikrullah
seseorang yang akan mengimamkan rumahku dengan solat2 jemaah
seseorang yang akan menghidupkan rumahku dengan tahajjud malam
seseorang yang akan menerangi rumahku dengan nur al-Quran



ya Allah rabbul izzati
aku mohon ya Allah
semoga dengan adanya keterikatan itu
akan terus memandu kami untuk tegar di jalanMu
menyampaikan risalahMu
melahirkan ansorullah yang membela agamaMu
keranaMu ya Allah
tiada lain melainkan hanya keranaMu

hanya Engkau yang Maha Mengetahui
apa yang yang terbaik buat hambaMu ini
amin ya Rabb

Sunday, July 31, 2011

..cERita sEmaLaM..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik..
Semoga dalam rahmat dan redha Ilahi sokmo..
Syukur3x ya Allah
Ya Allah, berkatilah kami sehingga sampai kami ke Ramadhan..amin ya rabb..

Em,cerita hari semalam..Banyak sgt yg sya dapat..
Subhanaalah, Allahuakbar... dari pg sampai mlm..
syukur ya Allah..

1. Paginye..

Bukak radio feveret..ikim..


alhamdulillah, ad perkongsian dr Prof Dr Ruhaya (windu sgt..dh lama xdgr..dpt jgk akhirnya..^_^)
1 part yg paling terkesan dr kata2 beliau:
"Nak tau kiter nie orang baik atau tak, tengok diri kiter bile kite bersendirian, apa yg kite buat??
Klu kite byk beribadat, buat amalan sunat,
maka, kite memang orang baik.
Tapi, klu kite sendirian, kite buat perkara yang selain tadi,
maka, itulah yg kite TAKUTkan...BAIK HANYA DI DEPAN ORG SHJ..."
d mana kite??

...faghfirli ya Allah...T_T"...


2. Nota FIKIR & ZIKIR

Segmen Mu'min Profesinal dr Ustz Pahrol
bagaimana zikir yg membuahkan fikir
bagaimana membudayakan ilmu

Baginda mempunyai ilmu, harta dan kuasa
bagaimana hebatnya Nabi Sulaiman dlm 'menghidupkan' zkir dan fikir
kekuatan yg menghidupkan zkir membuahkan fikir
bagaimana Allah menyuruh dan mengingatkan baginda, begitulah ditaati dan dituruti
hasilnya, membuahkan fikir yg mana mengingatkan baginda sentiasa kpd Allah dan perkara dlm hidup baginda
masyaAllah!!

Setiap manusia mempunya 2 peranan iaitu sbg hamba Allah dan khalifah Allah
manusia dikurniakan ilmu wahyu yg mana meliputi akidah, feqah dan juga tasawuf. Yg mana semua ini berkaitan agama. Dan sbg khalifah Allah, manusia belajar ttg ilmu fardhu kifayah yg meliputi tentang alam dan sekeliling keseluruhannya spt bdg sains, perubatan, pentadbiran dan seumpamanya.


Allah berfirman yg bermaksud:
" orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi....." [3:191]

Kejadian penciptaan langit dan bumi, pastinya kita akan berfikir. Dan kita akan melihat bahawa semunye begitu teratur sekali dan pastinya akan terdetik,'pasti ADA yg mengatur semua ini'
Kejadian gerhana matahati, gerhana bulan, pasang surut air laut dan sebagainya boleh membuat kita sentiasa berfikir rentetan dari cetusan ayat2 Allah tadi..
subhanallah!!

Kata HAMKA, apabila seseorang itu berfikir secara maximum, maka pasti akan menemui agama
YA, BETUL!! hasil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi, penciptaan manusia yg kompleks PASTInya akan mencetuskan kita ke satu tahap ttg agama, fitrah semulajadi manusia yg ign rasa berTUHAN..

Allah Maha Hebat, Dia memimpin manusia utk sampai kpdNya dgn FIKIR
itulah ZIKIR dgn FIKIR
Kita seharusnya sentiasa meletakkan fikir di landasanzkir, kerana zikir itu memandu fikir
Ilmu agama memandu ilmu sains akan menghasilkan produk seorang mukmin yg profesional
Proses kejadian hujan contohnya, telah Allah ceritakan di dalam AlQuran, lalu ilmu itu diaplikasikan dalam pengetahuan kehidupan kita melalui ilmu sains. Hebatnya DIA!!
Guru sbg agen pembentuk generasi seharusnya menggaulkan ilmu agama dan ilmu sains ini bersama!!
ILMU AGAMA + ILMU SAINS = KEBESARAN ALLAH


Bila ditanya apa bukti kewujudan Allah, pasti lidah dan mulut takkan jenuh menyebut satu persatu kebesaran Allah
tapi,
Bila ditanya apa bukti Allah tidak ada, pasti lidah kelu tak terkata..
KERANA APA??
tiada satu pun bukti yg menunjukkan Allah itu tidak ada..
subhanallah!! allahuakbar!!

Jadi, sume ini ERTINYA APA??
Ertinya, mukmin yg profesional lahir dari hasil ZKIR yg membawa kpd FIKIR
ZIKIR ITU MEMANDU FIKIR
~(^_____-)~

ILMU AGAMA + FIKIR = MUKMIN PROFESIONAL
ILMU SAINS + ZIKIR = MUKMIN PROFESIONAL


3. Masjid Mahmud, Kuala Lipis

Ape cer ni??
hehe..semalam kami beramai-ramai p masjid mahmud, ada kuliah maghrib khas dari Ustaz Norhamizi Jamaluddin
Ape yg bestnyer??
huhu..perkongsian bermakna dari ustaz ttg ramdhan yg akan ditempuhi seluruh umat ISLAM sedunia
banyak sungguh perkongsian bermanfaat dari ustaz
ceramah yg disampaik dgn bersahaja mmg menrik perhatian sume jemaah
'jokes' dari ustaz serta nyanyian dr petikan beberapa nasyid memang sungguh memukau
mmg baguslah.. cara berdakwah yg fleksibel dan santai
Apa yg menariknya lagi??
kehadiran yg ramai jg mgkin disebabkan fktor kehadiran bersama Suhaimi(ex-inteam) bersama isteri,Ina Naim dan puteri mereka..sweet sgt!!
papepun, 2 fktr tmbhn je, yg penting niat ke sana, nk DENGAR KULIAH MAGHRIB!! ^__^


Lastly, thanks a lot to HAKIMAH MUSLIH, SITI KHADIJAH, KAK PIQA, AIM, KAK ANIS N KAK DADA..
luv u all so much !!!
jazakumullahu khairan jazak krn sudi bersama sehari kelmarin @_@

Semoga Allah sentiasa memayungi kita semua dgn rahmat dan kasih sayangNya..amin..


p/s: semlm wat RPH dgn musleh hampir 3 jam kowt!! Ya Allah, moga2 RPH kami diterima lecturer..amin..
(.. kimah 'amin'kan tau!! ^_- ..)

Friday, July 29, 2011

..raMadhAn iS cOminG..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik...
Alhamdulillah wa syukurilah..
Seinfiniti syukur pdNya krn sehingga ke saat ini, masih diberi peluang utk menghirup oksigen serta menikmati segala macam bentuk kurniaan Allah..
Selawat serta salam kpd junjungan besar Nabi Muhammad saw..
Asbab dakwah baginda dan para sahabat, akhirnya Islam sampai kpd kiter ari ni..


About a few days ago, I got this message from my beloved sis..
' Sya'ban berpesan: Jiran saya,ramadhan akn datang menziarahi anda tak lama lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2 anaknya, Sahur dan Iftar. Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah. Hargailah mereka sebelum mereka pulang selepas 30 hari dgn pesawat Eid Airlines'

Sekarang kite pun dah berada di penghujung sya'ban..bape ari je lagi nk pose..huhu
Sya yakin dan percaya, sebelum ni pun sahabat2 dh banyak buat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan ni. tapi kat sini, sya nak share jugak beberapa kelebihan bulan ramadhan ni..harap2 dpt membantu sahabat2 utk sepanjang ramadhan ni.. family jiran sya'ban is coming..


1. Pengampunan dosa dari Allah swt

Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimana dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)"

[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman - no:38]


2. Dilipatgandakan pahala oleh Allah swt

Rasulullah saw bersabda :

"(Allah swt berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya keran-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, AKU memberi balasan setisp kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya"

[Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa', Kitab al-Shiyam - no:603]


3. Ganjaran malam al-Qadr

Dari Abu Hurairah r.a bahwa Nabi saw bersabda:

"Barangsiapa yang shalat pada malam Lailatil Qadar karena iman dan ihtisab ( mendekatkan diri kepada Allah ), maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu"

[Diriwayatkan oleh al-Bukhari - no : 36, 38, 1802]


4. Disedikan pintu ar-Rayyan

Rasulullah saw bersabda :

"Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari kiamat. Tidak ada seorang pun yang akan masuk melalui pinti itu kecuali mereka. Dikatakan : mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya."

[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalm Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum - no: 1896]


Sebenarnya banyak lagi kelebihan Ramadhan nie..sambutlah dan raikan serta manfaatkan sebaikya, 30 HARI je SETAHUN.. dan ingatlah sahabat2, Rasulullah saw bersabda :

"Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah
daripada aroma (haruman) minyak kasturi"

[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab al-Shaum - no: 1894]


Oleh itu, sahabat2, ayuh sama2 kita kejar pahala berganda yang Allah sediakan bulan ni..sumenye percuma!! ayuh kita semarakkan PESTA IBADAH ni!!


SELAMAT BERAMAL ~(^________-)~

Tuesday, July 12, 2011

..^_-..

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah wa syukurilah
bersyukur padaMu ya Allah...terima kasih ya Allah !!
selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw

Sememangnya sudah agak lama meninggalkan teratak ini
bukan setakat bersawang, kulat@pelbagai mikroorganisma dh idup kt cn kowt..
hehe..

Keinginan yg membuak2 utk berkongsi sesuatu membuatkan jari jemari ini terasa ringan utk dilayangkan di ats keyboard ni..
em, sekadar perkongsian, yg mungkin juga boleh mencetuskan idea @ pndangan dari sahabat2 yg sudi berkunjung ke sini
terlebih dahulu, suka utk sya ingtkan,
semua, SETIAP ORANG BEBAS MEMPUNYAI PENDAPAT SENDIRI

" selalunya..
bagaikan telah menjadi kebiasaan @ rutin,
mata kita di KELABU kan dari MELIHAT KEBENARAN
bkn kerana ia terlalu kecil,
tp terLALU DEKAT dgn mata kite sehingga kite TAK DAPAT lihat kebenaran itu.."


Kesinambungan dari KUNING yg hebat diperkatakan sekarang,
setiap orang berhak utk ada pendapat sendiri bahkan bebas utk luahkannya
anda setuju dgn ia atau tidak, itu terletak di tangan anda, PILIHAN ANDA
SETUJU @ TIDAK..
Tidak perlu utk sya mengulas pjg, sahabat2 boleh check sendiri kt internet
utk cri bukti kukuh @ cerita sebenar
semuanya d hujung jari anda
Jangan SEMPITkan pemikiran @ mudah percaya pada satu2 berita @ khabar angin
check sendiri, dapatkan kesasihan...

" Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kpd mu membawa suatu berita, maka TELITILAH kebenaranya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum krn kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu " [ 49:6 ]




p/s : sya SOKONG BERSIH 2.0 berdasarkan 8 tuntutan tersebut..
n 1 lg.. BERSIH klu dapat permit atau x, akn TETAP ADA, kalau la pihak berwajib bijak mengatur, bagi je permit wat kt stadium, xda la jd cam skrg kn...
RAKYAT SELAMAT, pihak berkuasa SELAMAT, NEGARA pun SELAMAT jugak..
...moga2 Allah memberikan yg terbaik utk sume ni...

Friday, May 13, 2011

..nUkiLan hAti..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik..

Seinfiniti syukur padaMu ya Allah krn masih memberi peluang dan pelbagai nikmat padaku..
Sungguh aku ini insan hina dan kerdil yg sentiasa meminta dariMu dan hanya padaMu aku bersujud..
Engkau Rabb yg sentiasa memberi tanpa pernah meminta balasan atau upah
Semoga diriku ini jua tidak akn pernah jemu untuk memberi krn aku ini hambaMu, Engkau memberi untuk aku juga memberi..




Nukilan semalam yg tertulis ketika mana mood study tidak kunjung tiba


... , ...

Aku insan biasa

Tidak punya apa-apa

Aku adalah hambaNya

Ini semua pinjamanNya

Bagaimana mungkin aku leka

Tidak mengucap syukur

Sedangkan ini kurniaanNya

Lidah kelu tanpa bicara

Tiada kata bisa terucap

Namun ku teruskan derap langkah

Meniti mehnahNya

Tanda tarbiyah dari Yang Esa

... , ...


~syairsolehah~

Sunday, May 1, 2011

..tiNTa buAt diRikU..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaik..


Saat ini

Dia telah memendekkan jarak pertemuan kami

Hatiku sangat takut

Berdebar

Menanti saat itu

Ku bimbang sangat

Bekalan masih belum cukup

Persediaan entah bagaimana


Aku takut sangat

Namun nak sangat jumpa

Tapi

Aku malu

Dosa

Maksiat

Entah apa lagi yang hina pernah ku lakukan


Aku tak mampu

Bekalku tak cukup

Selama diberi pinjaman ini

Apa yang dah aku lakukan?!

Apa yang telah aku sumbangkan?!

Takutnya aku

Memikirkan saat itu


Jarak helaan yang semakin pendek

Membuatkan dadaku sempit

Kepalaku berat

Terketar-ketar

Menggigil


Teringat kata-kata Ibnu Mas’ud

“Perkara yang paling sedih tiba tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah"


“Dan ingatlah, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya,dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatanya), yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkanuya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat)”. [Qaf,50:18-18]


“Dan Dialah yang menerim tobat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan” [as-Syura,42:25]


Moga-moga

Semakin dekat jarak pertemuan ini

Akan mendekatkan diriku dengat sedekat-dekatnya denganMu

Makin bertambah jua bekalanku

Makin tinggi keyakinanku padaMu


Semoga

Kakiku akan terus kuat melangkah

Dalam memperbaiki diri

Dalam men’solehah’kan diri

Dalam berbakti untukMu, din-Mu

ISTIQAMAHkan daku



......

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Maafkan aku

Ampunilah segala dosaku

Rahmatilah aku

Hanya padaMu ku bersujud

Hanya padaMu ku bermohon

Berilah aku cahaya hidayahMu

Tunjuki aku jalan yang lurus

Tabahkan diriku

Kuatkan aku ya Allah

Ya Allah

Permudahkanlah segala urusanku

Dunia dan akhirat

Berilah aku kejayaan dalam hidup

Dunia dan akhirat

Jauhkanlah aku dari azab api neraka

Jauhkanlah aku dari azab kubur

Selamatkanlah aku dari fitnah dajjal

Selamatkanlah aku dari fitnah kehidupan dan kematian

Ya Allah Yang Maha Penerima Taubat

Ampunilah aku

Ampunilah aku

Ampunilah aku

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala doa hambaMu

Amin ya Rabb

.....


p/s: umurku makin berkurang, jarak semakin singkat, makin bersedia malaikat MAUT datang menjemput, makin dekat masa amalan diperhitung...dah makin tue dah..(T_T)

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.