Monday, February 7, 2011

..LafAz sYukUR..

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik..

Satu perkongsian kata-kata..~(^_-)~

Jangan biarkan bibirmu kering dari ucapan syukur kepada Tuhanmu atas segala nikmatNya dalam setiap helaan nafasmu..




p/s: kali ni ku biar gambar berbicara...~(^_-)~

Thursday, February 3, 2011

..fiKiRkaN..

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik..

Alhamdulillah wa syukurillah, masih ku kecapi nikmat iman dan islam hingga ke saat ini..
Syukur pada Allah kerana masih meletakkan aku dan sebahagian saudaraku di tempat yang aman..(pada zahirnya sahaja, mungkin..)
Namun, Maha Hebat Dia dalam mengatur segalanya, pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik itu..semestinya..

Situasi 1:

Man : Min, ko wat pe tu?
Min : Xda pape..Saje nengok2 mende ni..
Man : Ye ke ko ni..Macam la aku tak kenal ko tu cane? ko ni sebenarnya berlagak baik je kan..dah la, tak letih ko na? penat la aku rase..penat dah aku tengok.. Kalau aku yang nengok ni pon dah penat, apatah lagi ko yang buat..idok nye gitu Min? kahkahkah..(sambil muka gelak jahat)
Min : Astagfirullah..Man..man.. emh, ko ni cuba husnuzhon sket..Kalau sape pun yang dengar ko cakap camni, nak wat baik pun tak jadi tau.. Aku tgh pikir ni..nak tulis sesuatu yang bermakna kat cini..
Man : Lantak ko la..ada aku kesah??..

****habis sudah****

emh ^_^ , situasi kat atas tu cume intro je..mungkin ada kaitan dengan apa yang nak ditulis dan mungkin tak ada kaitan pun, fikirlah sendiri ye.. ~_~

Sebenarnya, ingin dikongsi satu mesej yang saya dapat dari seorang sahabat semalam. Cuba sahabat sume pikirkan..


"Jika mesir jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin, sempadan Rafah mungkin akan dibuka untuk pejuang ISLAM seluruh dunia..tak mustahil kurang setahun, negara HARAM;ISRAEL, akan menjadi sejarah.."

Perindu2 syurga Firdausi, anda sudah bersedia merebut tiket??..
Ayuh sahabat2!! Doakan ikhwanul muslimin berjaya jatuhkan Hosni Mubarak..!!

Tuesday, February 1, 2011

..bAntU aKu..

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaik..
seinfiniti kesyukuran padaMu ya Allah atas segalanya
segala yang Kau berikan padaku dan umat manusia seluruhnya..

titipan salam kemaafan buat sahabiah semua
atas ketidakmampuan diri ini untuk ke medan bersama
atas kekangan yang daku sendiri lemah untuk mengharunginya
doakan daku untuk utuh berdiri


ya Allah
berikan daku kekuatan menempuh semua ini
berikan daku semangat
kuatkan langkahku

ya Allah
tetapkan hatiku
baluti hatiku dengan ingatan sepenuhnya padaMu
jangan Kau biarkan diriku hanyut

ya Allah
sandarkan diriku hanya padaMU
jangan biarkan aku jatuh terjelopok
jangan ya Allah


ya Allah
aku pohon padaMu
tabahkan aku untuk semua ini
ingatkan daku dengan janjiMu
tiupkan daku dengan rohMu
yakinkan daku padaMu sepenuhnya

ya Allah
bantulah daku
pimpinlah daku
tetapkan daku di jalanMu
aku pohon padaMu
dengan sebenar benar permohonan ya Allah
perkenankanlah ya Allah..

amin,ya rabbal alamin..


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." [2:286]

" ..Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy (singgahsana) yang agung " [9:129]

Monday, January 24, 2011

..adA aPe dGn inSuLin??

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alaik..
syukur alhamdulillah, akhirnya diberi jugak kesempatan masa tuk bukak laman sesawang ni..
memang dah bersawang rupenyer..huhuhu
em, ari ni nak kongsi sesuatu yang dicedok dari iLuvislam..
at list. ada sesuatu tuk kte kongsikan bersame yer...~(^_-)~
lagipun, sem nie belajar anatomi n fisiologi, jd ada manfaatnya skali utk rakan2 sekelasku..
ayuh, kite study bersama..ISL nie tau!!

~Insulin Semulajadi Membakar Lemak & Membina Otot~

Insulin dirembeskan dari pankreas dan bertanggungjawab untuk menentukan samada target fitness anda berjaya ataupun gagal. Insulin boleh menggalakkan pertumbuhan otot dan juga boleh meningkatkan pengumpulan lemak di dalam badan.

Selepas anda mengambil pelbagai makanan yang mengandungi karbohidrat, protein atau lemak, majoriti dari makanan tersebut akan ditukarkan kepada gula (glukosa) dan dilepaskan ke dalam aliran darah.

Bayangkan otot-otot anda seperti gedung penyimpanan yang mempunyai ruang simpanan yang terhad. Apabila ruang simpanan otot-otot dan hati anda sudah penuh, insulin akan membawa muatan glukosa berlebihan ke tempat lain. Malangnya ruang yang tinggal untuk penyimpanan glukosa di dalam badan anda hanyalah sel-sel lemak. Jadi insulin juga boleh menggalakkan penyimpanan lemak.

Memandangkan insulin mempunyai dua fungsi yang anda mahukan dan tidak mahu, anda perlu belajar untuk mengawal kadar insulin anda bagi memaksimumkan faedah-faedah pembinaan otot dan mengurangkan kadar pengumpulan lemak.

Bagaimana untuk mengawal dan memanipulasikan kadar insulin melalui pilihan makanan anda?

Karbohidrat

Jika sejumlah besar karbohidrat diambil secara bersendirian kadar gula dalam darah akan meningkat dan menyebabkan penghasilan insulin yang banyak.

Protein

Protein tidak menyebabkan kadar penghasilan insulin sebanyak karbohidrat. Dianggarkan 60% dari protein akan ditukarkan kepada glukosa di dalam aliran darah anda.

Dengan mengambil lebih karbohidrat di dalam protein anda, hanya sedikit protein akan ditukarkan kepada glukosa, bermakna asid amino di dalam protein mempunyai lebih peluang untuk digunakan bagi pembinaan tisu otot.

Lemak

Lemak hanya mempunyai 10% peluang untuk mempengaruhi kadar gula dalam darah dan bila diambil akan dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol.

Ingat...apabila ruang simpanan hati dan otot sudah penuh, glukosa berlebihan akan disimpan didalam sel-sel lemak.
sekadar hiasan..sodap sungguh!! yummy!!
Bilakah waktu dimana ruang simpanan di dalam otot dan hati anda kosong?

Waktu sarapan, semasa dan selepas senaman (kardio atau latihan bebenan). Inilah 3 masa utama badan anda akan menggunakan sepenuhnya kesan anabolik dari kadar insulin yang tinggi dengan peluang yang sangat sedikit untuk pengumpulan lemak.

Kesimpulannya, waktu di mana kadar insulin yang tinggi adalah penting di dalam badan anda adalah ketika sarapan, semasa latihan dan sesudah latihan. Pada masa ini pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh membantu pertumbuhan otot-otot tanpa berlakunya pengumpulan lemak.

- sumber:iLuvislam.com -

Monday, January 3, 2011

..mY dEaR muSLih..

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik

wahai permata hatiku
menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah
bukan semudah memetik 2 jari..
itupun belum pasti bisa berbunyi..
hakikat insan memang penuh dengan kekurangan
namun tidak menjadi satu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Allah,
teruskan melangkah meskipun dalam kepayahan,
kita kan khalifah,
mengapa mesti d uji dengan perkara yang mudah,
sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba d jannah
lalu,
haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba...??
belajarlah dan bersedialah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!!!

ayunyer muslih ^_^

sanah helwah ya ukti mahbubah!!!
tua sudah kamu
rumah kata pergi, kubur kata, mari..mari..
masa semakin suntuk sahabatku
namun jangan hentikan langkahmu
hayunlah menuju syurga Ilahi
janji Allah pasti benar!!

..uCapaNku.. ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik..

salam rindu dan kasih fillah buat semua..
mungkin sudah agak terlambat untuk daku menulis permulaanya di sini
tapi nak wish jugak!! hehe..

ayuh sahabat2,ukirkan senyuman terindah penuh keceriaan tanda syukur kita padaNya kerana masih ada hari ini.
mulakan dan lakukan yang terbaek untuk permulaan tahun ini
moga yang baek itu kekal berpanjangan hendaknya
jadi,ayuh kembali ke sekolah!!
~(^_-)~

salam ukhuwwah penuh mahabbah buat sume...
special to:
kak has
kak ummu
kak wani
sophie
sume adik2 kem lepas
athirah iptb
atiq ipik
ain usrah junior
liza
mas
sakinah
kak aen
yani iptb
hidayah iptb
farah ipkt


p/s: wt dak2 sn yg ku sygi selamanya, slmt menempuhi sem ni dgn cemerlang yer...physics the best!!

Thursday, December 23, 2010

..iNi buKan NokhtAhnYa..


بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alaik..
erm,agk lama bercuti panjang dari menulis sesuatu di sini
rindu ada
tapi malas pun ada jugak..haha
ishhhh...xbaek la sya...

tak pasti samada ini adalah entry terakhir bagi tahun ini ataupun tak
papepun, diri ini mahu mengukir sesuatu buat teman2, sahabat2 seperjuangan,
kenangan kita di kem yang lalu, insyaAllah selamanya dalam ingatan selagi hayat dikandung badan,
amin
ingin syair nukilkan bahawa persahabatan kita takkan ada nokhtahnya
pertemuan kita kan pasti menjalin ukhuwwah yang berpanjangan
kasih kita kan sentiasa mewangi di taman2 hati nurani kita
dan
tiada ungkapan seindah kata yang mampu diri ini tuliskan untuk menggambarkan segalanya
cukuplah Allah mengetahuiNya
moga kita semua dalam redha dan kasihNya sokmo ~(^_-)~

ingin ku katakan jua
bahawa perpisahan kita ini bukan bererti tamat sudah perjuangan kita
di sini hanyalah permulaan bagi kita
semoga daku dan sahabat2 sekalian akan bisa kuat untuk mengharungi perjalanan yang penuh liku ini
cabaran dunia, mehnahnya, tribulasinya, dan seumpamanya
sama2 kita harungi
walau jasad tidak ketemu
tapi hati kita tetap tertaut bersama
tautan hati kerana Allah
pasti akan sentiasa manis


buat adik2 tercinta
ingatlah segala apa yang berlaku padamu
itu adalah tarbiyah dari Allah
ketahuilah bahawa dirimu adalah insan terpilih
yang mana tidak semua insan dapat apa yang adik semua dapat
syukurilah segala yang adik2 peroleh
hargailah segala yang adik2 ada
Allah itu tak pernah zalim
Dia maha Mengetahui
Maha Penyayang
Maha Penerima Taubat

jadilah mujahidah solehah
penyejuk mata ayah bonda
bidadari di syurga
kerana seindah-indah hiasan dunia adalah wanita solehah
mujahidah...
berjaya... ~(^_-)~

ingatlah, life never complete without imtihan from HIM
no matter what they say
no matter what they did
as long as you trust in Allah
everything will be fine

~hidup ini sungguh indah jika semuanya kerana ALLAH~

~SALAM RINDU DAN SAYANG KERANA ALLAH, SALAM UKHUWWAH PENUH MAHABBAH~


.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.