Tuesday, February 1, 2011

..bAntU aKu..

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaik..
seinfiniti kesyukuran padaMu ya Allah atas segalanya
segala yang Kau berikan padaku dan umat manusia seluruhnya..

titipan salam kemaafan buat sahabiah semua
atas ketidakmampuan diri ini untuk ke medan bersama
atas kekangan yang daku sendiri lemah untuk mengharunginya
doakan daku untuk utuh berdiri


ya Allah
berikan daku kekuatan menempuh semua ini
berikan daku semangat
kuatkan langkahku

ya Allah
tetapkan hatiku
baluti hatiku dengan ingatan sepenuhnya padaMu
jangan Kau biarkan diriku hanyut

ya Allah
sandarkan diriku hanya padaMU
jangan biarkan aku jatuh terjelopok
jangan ya Allah


ya Allah
aku pohon padaMu
tabahkan aku untuk semua ini
ingatkan daku dengan janjiMu
tiupkan daku dengan rohMu
yakinkan daku padaMu sepenuhnya

ya Allah
bantulah daku
pimpinlah daku
tetapkan daku di jalanMu
aku pohon padaMu
dengan sebenar benar permohonan ya Allah
perkenankanlah ya Allah..

amin,ya rabbal alamin..


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." [2:286]

" ..Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy (singgahsana) yang agung " [9:129]

Monday, January 24, 2011

..adA aPe dGn inSuLin??

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alaik..
syukur alhamdulillah, akhirnya diberi jugak kesempatan masa tuk bukak laman sesawang ni..
memang dah bersawang rupenyer..huhuhu
em, ari ni nak kongsi sesuatu yang dicedok dari iLuvislam..
at list. ada sesuatu tuk kte kongsikan bersame yer...~(^_-)~
lagipun, sem nie belajar anatomi n fisiologi, jd ada manfaatnya skali utk rakan2 sekelasku..
ayuh, kite study bersama..ISL nie tau!!

~Insulin Semulajadi Membakar Lemak & Membina Otot~

Insulin dirembeskan dari pankreas dan bertanggungjawab untuk menentukan samada target fitness anda berjaya ataupun gagal. Insulin boleh menggalakkan pertumbuhan otot dan juga boleh meningkatkan pengumpulan lemak di dalam badan.

Selepas anda mengambil pelbagai makanan yang mengandungi karbohidrat, protein atau lemak, majoriti dari makanan tersebut akan ditukarkan kepada gula (glukosa) dan dilepaskan ke dalam aliran darah.

Bayangkan otot-otot anda seperti gedung penyimpanan yang mempunyai ruang simpanan yang terhad. Apabila ruang simpanan otot-otot dan hati anda sudah penuh, insulin akan membawa muatan glukosa berlebihan ke tempat lain. Malangnya ruang yang tinggal untuk penyimpanan glukosa di dalam badan anda hanyalah sel-sel lemak. Jadi insulin juga boleh menggalakkan penyimpanan lemak.

Memandangkan insulin mempunyai dua fungsi yang anda mahukan dan tidak mahu, anda perlu belajar untuk mengawal kadar insulin anda bagi memaksimumkan faedah-faedah pembinaan otot dan mengurangkan kadar pengumpulan lemak.

Bagaimana untuk mengawal dan memanipulasikan kadar insulin melalui pilihan makanan anda?

Karbohidrat

Jika sejumlah besar karbohidrat diambil secara bersendirian kadar gula dalam darah akan meningkat dan menyebabkan penghasilan insulin yang banyak.

Protein

Protein tidak menyebabkan kadar penghasilan insulin sebanyak karbohidrat. Dianggarkan 60% dari protein akan ditukarkan kepada glukosa di dalam aliran darah anda.

Dengan mengambil lebih karbohidrat di dalam protein anda, hanya sedikit protein akan ditukarkan kepada glukosa, bermakna asid amino di dalam protein mempunyai lebih peluang untuk digunakan bagi pembinaan tisu otot.

Lemak

Lemak hanya mempunyai 10% peluang untuk mempengaruhi kadar gula dalam darah dan bila diambil akan dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol.

Ingat...apabila ruang simpanan hati dan otot sudah penuh, glukosa berlebihan akan disimpan didalam sel-sel lemak.
sekadar hiasan..sodap sungguh!! yummy!!
Bilakah waktu dimana ruang simpanan di dalam otot dan hati anda kosong?

Waktu sarapan, semasa dan selepas senaman (kardio atau latihan bebenan). Inilah 3 masa utama badan anda akan menggunakan sepenuhnya kesan anabolik dari kadar insulin yang tinggi dengan peluang yang sangat sedikit untuk pengumpulan lemak.

Kesimpulannya, waktu di mana kadar insulin yang tinggi adalah penting di dalam badan anda adalah ketika sarapan, semasa latihan dan sesudah latihan. Pada masa ini pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh membantu pertumbuhan otot-otot tanpa berlakunya pengumpulan lemak.

- sumber:iLuvislam.com -

Monday, January 3, 2011

..mY dEaR muSLih..

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik

wahai permata hatiku
menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah
bukan semudah memetik 2 jari..
itupun belum pasti bisa berbunyi..
hakikat insan memang penuh dengan kekurangan
namun tidak menjadi satu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Allah,
teruskan melangkah meskipun dalam kepayahan,
kita kan khalifah,
mengapa mesti d uji dengan perkara yang mudah,
sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba d jannah
lalu,
haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba...??
belajarlah dan bersedialah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!!!

ayunyer muslih ^_^

sanah helwah ya ukti mahbubah!!!
tua sudah kamu
rumah kata pergi, kubur kata, mari..mari..
masa semakin suntuk sahabatku
namun jangan hentikan langkahmu
hayunlah menuju syurga Ilahi
janji Allah pasti benar!!

..uCapaNku.. ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik..

salam rindu dan kasih fillah buat semua..
mungkin sudah agak terlambat untuk daku menulis permulaanya di sini
tapi nak wish jugak!! hehe..

ayuh sahabat2,ukirkan senyuman terindah penuh keceriaan tanda syukur kita padaNya kerana masih ada hari ini.
mulakan dan lakukan yang terbaek untuk permulaan tahun ini
moga yang baek itu kekal berpanjangan hendaknya
jadi,ayuh kembali ke sekolah!!
~(^_-)~

salam ukhuwwah penuh mahabbah buat sume...
special to:
kak has
kak ummu
kak wani
sophie
sume adik2 kem lepas
athirah iptb
atiq ipik
ain usrah junior
liza
mas
sakinah
kak aen
yani iptb
hidayah iptb
farah ipkt


p/s: wt dak2 sn yg ku sygi selamanya, slmt menempuhi sem ni dgn cemerlang yer...physics the best!!

Thursday, December 23, 2010

..iNi buKan NokhtAhnYa..


بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alaik..
erm,agk lama bercuti panjang dari menulis sesuatu di sini
rindu ada
tapi malas pun ada jugak..haha
ishhhh...xbaek la sya...

tak pasti samada ini adalah entry terakhir bagi tahun ini ataupun tak
papepun, diri ini mahu mengukir sesuatu buat teman2, sahabat2 seperjuangan,
kenangan kita di kem yang lalu, insyaAllah selamanya dalam ingatan selagi hayat dikandung badan,
amin
ingin syair nukilkan bahawa persahabatan kita takkan ada nokhtahnya
pertemuan kita kan pasti menjalin ukhuwwah yang berpanjangan
kasih kita kan sentiasa mewangi di taman2 hati nurani kita
dan
tiada ungkapan seindah kata yang mampu diri ini tuliskan untuk menggambarkan segalanya
cukuplah Allah mengetahuiNya
moga kita semua dalam redha dan kasihNya sokmo ~(^_-)~

ingin ku katakan jua
bahawa perpisahan kita ini bukan bererti tamat sudah perjuangan kita
di sini hanyalah permulaan bagi kita
semoga daku dan sahabat2 sekalian akan bisa kuat untuk mengharungi perjalanan yang penuh liku ini
cabaran dunia, mehnahnya, tribulasinya, dan seumpamanya
sama2 kita harungi
walau jasad tidak ketemu
tapi hati kita tetap tertaut bersama
tautan hati kerana Allah
pasti akan sentiasa manis


buat adik2 tercinta
ingatlah segala apa yang berlaku padamu
itu adalah tarbiyah dari Allah
ketahuilah bahawa dirimu adalah insan terpilih
yang mana tidak semua insan dapat apa yang adik semua dapat
syukurilah segala yang adik2 peroleh
hargailah segala yang adik2 ada
Allah itu tak pernah zalim
Dia maha Mengetahui
Maha Penyayang
Maha Penerima Taubat

jadilah mujahidah solehah
penyejuk mata ayah bonda
bidadari di syurga
kerana seindah-indah hiasan dunia adalah wanita solehah
mujahidah...
berjaya... ~(^_-)~

ingatlah, life never complete without imtihan from HIM
no matter what they say
no matter what they did
as long as you trust in Allah
everything will be fine

~hidup ini sungguh indah jika semuanya kerana ALLAH~

~SALAM RINDU DAN SAYANG KERANA ALLAH, SALAM UKHUWWAH PENUH MAHABBAH~


Friday, November 19, 2010

..kEpastiAn..


بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik
hayati bersama..


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah


sumber:liriknasyid.com

Wednesday, November 3, 2010

..biLa aKu dAh taK maMpU..


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam’alaik..

Sepatutnya,waktu nie adalah untuk study..

Tapi laen pulak yg koi buat syair wei..

Hehe..tetiba plop rase cam nak tulis sesuatu..

Apa salahnya,bley kongsikan sesuatu yang bermanfaat kan..(walaupun diri ini xpandai nak mengolah/menulis…)

Em,sebenarnya Allah nak tunjuk sebab kat saya kenapa saya perlu pergi ke SANA..huhu

Kalau di ikutkan ati nie,memang tak berapa nak pegi

Rasa berat sangat,tak tau nape..huuuh

Rasa tak mampu sangat…

Tapi,pagi ni ada bukak beberapa blog sahabat

Pastu terjumpa lah sesuatu yang..oppsss,memang terkena kat batang idung sendiri la..

Dalam berjuang,kita tak boleh nak kata

'alaa..' atau

rilek lu..’ atau

nanti dulu’ atau

‘biarlah..kali nie je..’

Kita kene cakap camni

'insyaAllah'

‘okeyp’ atau

‘baik!’ atau

Senyap je..n senyum (^_^)


Terkesan bila tau..(baca di bawah)


Kisah 1:

Sahabat dan tabiin mengajarkan kita:

Safwan bin Amru (Gabenor di Hims-Syria) bercerita, aku telah berjumpa seorang tua yang telah jatuh keningnya menutupi kelopak matanya. Dia dalam perjalanan dari Damsyik (on the way to Turkey yg belum Islam time tu) berada di atas untanya. Dia ingin turut serta berperang ke sana. Safwan berkata : ‘pakcik tak payah lah, pakcik dah tua. Pakcik itu pun mengangkat kelopak matanya dengan tangannya (sebab dah terlalu tua) sambil berkata : wahai anak, Allah telah menyuruh kita berangkat dalam keadaan ringan atau berat..!

Kisah 2:

Said bin Musayyab (Seorang tabi’in besar – Menantu kepada Abu Hurairah) keluar untuk berperang, padahal matanya buta sebelah. Dikatakan kepadanya: ya Syeikh, sesugguhnya kau ni sakit. Dia menjawab : Allah telah istanfara (menyuruh berangkat) orang-orang yang dalam keadaan ringan atau berat, kalaulah aku tidak mampu berjihad, aku nak juga pergi. Sekurangnya jika aku tak boleh berperang, aku telah memperbanyakkan bilangan tentera (sokongan dr segi bilangan- ia tetap satu saham juga) atau aku boleh membantu jaga barang.

Adoi..terasa btol..

Bayangkanlah sahabat2, mereka, kedua2 mereka dalam keadaan yang kita boleh katakan, boleh dikecualikan,tapi tengoklah semangat mereka, tahap juang mereka!!!

Saya?? Kamu?? Kita??

Di mana tahap juang kita?? Samakah??

Atau mungkin sekelumit sahaja??

Bak kata sahabat blogger tu, kita belum push limit kita ke satu tahap yg lebih tinggi.

Yup,that’s right!! Saya setuju!!...(thumbs up!)

Berangkat dalam keadaan ringan atau berat!!

Aku sihat aje, sempurna fizikal, akal sihat

Tapi,ati dan semangat juang masih sekecik kuman..(-_-)

Kalau kita boleh spend masa kita untuk study, baca buku, main2, berkebun..

Kalau kita boleh sahut panggilan kawan kita ajak p makan, p main

Kalau kita boleh ikut kata lecturer suruh wat itu,wat ini

Tapi

Kenapa kita tak boleh spend masa

Kenapa kita tak nak ikut

Kenapa kita tak nak sahut

Panggilan,seruan DAKWAH

Sedangkan kita sangat perlukan ia

Dari sudut pandangan apa pun

So, ukur diri kita, tepuk dada,Tanya iman..


Syair,ingat tak..

“Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”

“Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”

[61:10,11]

*lepas baca blog sahabat tu,Alhamdulillah,saya dah ubah pikiran..saya PEGI!! Dengan apa cara sekalipun..~(^_-)~*

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.