Saturday, July 10, 2010

miNGgu uNtuKmu wANita


بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik

PENGUMUMAN! PENGUMUMAN!
Tawaran hebat buat semua guru pelatih wanita IPGTAA.
Buat julung kalinya, HELWI akan membuka tirai kembali pada tahun ini dengan satu program KHAS untuk semua guru pelatih wanita MUSLIM dan juga NON-MUSLIM. Sepanjang minggu tersebut akan diadakan pelbagai aktiviti menarik. Ayuh, bersama kita semarakkanya!!

"MINGGU UNTUKMU WANITA"



TENTATIF PROGRAM
“ MINGGU UNTUKMU WANITA ”

Isnin, 12 Julai 2010 (Dewan Darul Makmur)

7.20 pm : Solat Maghrib Dan Isyak Berjemaah
8.45 pm : Ketibaan Guru Pelatih
9.00 pm : Ketibaan Vip
9.15 pm : Bacaan Doa
9.30 pm : Pertandingan “Voice Of Nisa’ ”
10.30 pm : Tari Nisa’
Persembahan Tarian Guru Pelatih Melayu, Cina Dan India
11.15 pm : Pengumuman Keputusan Pertandingan
Bersurai
5.40 am : Solat Subuh Berjemaah

Selasa, 13 Julai 2010 (Kafeteria Saidatina Aisyah)

4.30 pm : Solat Asar Berjemaah
5.00 pm : Pendaftaran Peserta
Bacaan Doa
Taklimat
5.15 pm :Pertandingan “ Iron Women”
5.45 pm : Pengadilan Masakan
6.00 pm : Keputusan Pertandingan
Bersurai
7.20 pm : Solat Maghrib Dan Isyak Berjemaah


Rabu, 14 Julai 2010 (Dewan Darul Makmur)

7.20 pm : Solat Maghrib Dan Isyak Berjemaah
8.45 pm : Ketibaan Guru Pelatih
9.00 pm : Ketibaan Vip
9.15 pm : Bacaan Doa
9.30 pm : Pertandingan Busana Muslimah
10.30 pm : Persembahan Dari Para Pensyarah
Persembahan Dari Guru Pelatih
11.00 pm : Peragaan Busana Muslimah - “ This How Islam Appreciate Us “
11.15 pm : Pengumuman Keputusan Pertandingan
11.30 pm : Bersurai
5.40 am : Solat Subuh Berjemaah

Khamis, 15 Julai 2010 (Dewan Darul Makmur)

7.20 pm : Solat Maghrib Dan Isyak Berjemaah
8.45 pm : Ketibaan Guru Pelatih
9.00 pm : Ketibaan Vip
9.15 pm : Bacaan doa & al-quran
9.30 pm : Tayangan Video
10.00 pm : Slot “ Harusnya Cinta……..
“ Pohon Iman”
10.30 pm : Perasmian Penutup
Penyampaian Hadiah
10.45 pm : Bersurai
5.40 am : Solat Subuh Berjemaah


p/s: semua dijemput hadir..WANITA sahaja ye..~(^_-)~ bersama kita imarahkanya!!

~siiru 'ala barakatillah~

Friday, July 9, 2010

yUp!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam’alaik

Syukur Alhamdulillah

Syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan nikmat dan segala pemberianNya padaku sehingga ke saat ini. Syukur kepadaNya kerana masih menggerakkan jari-jemariku untuk menari-nari di papan lappyku untuk mencoret sesuatu yang bermakna di sini.

Peneguran secara langsung dariNya. Em,jarang sekali kita mendengarnya kan. Dan jarang sekali kita menyedarinya. Dah terkena,barulah kita tersedar. Tu pun nasib baik kita tersedar,tidak hanyut leka dan alpa. Bak kata pepatah Melayu,’dah terhantuk,baru terngadah’.. betul ek pepatah ni?? Entahlah,tapi buat-buat betul la ye..hehehe

Teringat satu cerita yang diberitahu Hilal Asyraf dalam bukunya,Kembara Hamba Mencari Cahaya,”menyembur api ke langit”. Sewaktu di uji Allah,perlukah dan berbaloikah kita melakukan demikian?? Akan hilangkah segala sakit yang menyesak dada dan menyerabuti kepala dengan berbuat demikian?? Dan satu persoalan yang paling penting, MESTIkah kita melakukan demikian??

Terfikirkah kita mengapa Allah menguji kita? Terdetik kah di hati kita mengapa Allah memilih kita?? Kenapa KITA??oppps…kenapa AKU?? Teringatkah akan firmanNya,”Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesannggupannya..” nah! Allah sendiri dah bagitau awal2,kitalah yang kena mencari sebabnya sendiri. Allah dah kurniakan nikmat berharga yakni AKAL yang mana tidak diberi kepada makhluk lain selain MANUSIA.

Allah memberi ujian untuk membersihkan dosa-dosa kita yang lalu, jua untuk menguji iman kita dan yang paling penting untuk menjadikan kita lebih tabah dan cekal untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Mengapa mesti kita menjatuhkan diri di saat Allah ingin menaikkan martabat kita??

Mengapa kita nak tunjuk ketidakmampuan kita untuk hadapinya walhal Allah tahu yang kita boleh hadapinya??

Mengapa kita ingin menolak tawaran hebat Allah yang bukan selalunya datang menjengah kepada kita?

Mengapa kita nak tolak peluang nie??

Kita selalu berdoa meminta untuk kuat dan tabah. Jadi,Allah bagi kita ujian dan dugaan untuk kita selami dan hadapi dalam proses untuk menjadikan kita kuat dan tabah. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Andai Dia tidak tahu semua itu,pasti tidak semudah itu Dia memberinya kepada kita. Justeru, mengapa mesti kita tunjukkan kelemahan kita sedangkan kita bisa menghadapinya?? Kita masih punya kekuatan sekeliling yang diberiNya untuk membantu kita menghadapi ujian ini. Kita cukup2 istimewa dan beruntung!! Ketika di uji,masih lagi diberi ‘kemudahan’ untuk mengharungi ujian tersebut!! Bersyukurlah kamu!!

Ya,bersyukurlah wahai hambaAllah!! Bersyukurlah!! Ya,aku bersyukur. Kerana Dia masih sudi memandang aku yang kerdil ini. Dia masih sudi menegurku diwaktu aku terleka. Dia masih sudi menyapa aku di waktu aku di ulit masa senangku dan Dia masih sudi mendengar luahanku di waktu aku sendirian. Aku tahu Dia sentiasa di sisiku sewaktu aku memerlukannya dan Dia sebenarnya sentiasa ada dekat denganku,dekat sangat. Di saat aku berjalan mancariNya,Dia telah Berlari mendapatkanku.. YA ALLAH,THANKS FOR EVERYTHING!!

"wahai Tuhan yang membolak-balikan hati,

tetapkanlah hatiku dalam agamaMu dan ketaatanku padaMU"

p/s: ya Allah,tabahkan hatiku menghadapi ujian ini. Engkau yang mengadakan sesuatu,maka Engkau jua yang berhak menghilangkanya. Engkau yang memberi,maka Engkau jua yang berkuasa mengambilnya.. apa yang Kau kurniakan,semuanya hanyalah pinjaman sementara buatku..Ya Allah,kuatkan daku dan jangan sekali-kali Kau palingkan hatiku dariMu.

Friday, June 25, 2010

baGaimaNA haRuS kU bERitahU diA??

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam’alaik..

Syukur alhamdulillah.. nikmatNya masih ku kecapi sehingga ke saat ini benar2 membuatkanku sedar siapa diriku..insan lemah yg sentiasa penuh dgn kekurangan diri

Ya Allah..

Ku sujud padaMu

Apakah mesti kita punya ilmu yg tersangat penuh d dada barulah kiter bley berkongsi dgn org lain?? Begitukah??

In my opinion…

Em,mmg kiter mesti punye ilmu, ckit atau byk,ilmu gk kan?? Xkesah ilmu banyak mane,selagi ianya bermanfaat n berguna,kita same2 share dgn sape pun. Even dgn org yg mgkin kite anggap lbih beilmu dr kite. Kite xtau kn, samada ape yg kite tau 2,mreka tau ke x. setiap org e2 berbeza pengetahuannye. Mgkin ape yg kiter tau, org laen xtau dan mgkin ape yg kite xtau , mreka tau. Berkongsi kn lebih baek…well, sharing is caring right?? ~(^_-)~ sabda nabi,”..dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat..”

Seandainyelah kiter merasakan kite ini kurang berilmu dr yg laen, maka jom same2 kite cri dan tambah ilmu kite. Dalam idup nie, tiada istilah berhenti dr belajar dan mencari ilmu. Setiap masa kite belajar, even bile melakukan kesalahan pun. Lgpn, mmg human can’t run from making mistakes,right?? Satu statement yg dh mmg common among us.

Apa yg penting ialah semangat yg ada dlm diri,azam kite. Azam kita utk menyampaikan kpd mreka yg masih lg ketandusan ilmu d luar sane. Kite menganggap bhw mreka sudah cukup2 tau segalanya walhal sebaliknya. Ramai lg insan2 yg kehausan dan ketandusan ilmu d luar sane. Cume,mreka x tahu ke mane harus mreka tuju dan pergi. Ramai n kebanyakan insan ingin berubah@hijrah ke arah yg lebih baik, namun terlalu banyak ‘tembok’ yg memblock mreka utk meneruskan perjalanan 2..

Jika tidak kite,sape lg??

“xpelah,si anu si anu sekalian dh jalankan,dh lepas la tue..”

“em,aku xcukup ilmu lg la,xboleh xboleh..”

“akue…akue…xlayak..”

Bukankah kite semua dciptakan dari unsur yg same? Bukankah kite ini datangnya dari tempat yg same? Bukankah kite ini lahir dgn tujuan yg same? Bukankah kite dkurniakan dgn segala perkara yg same? Agama kita samakah? Tuhan kita samakah? Panduan kita samakah? Syariat kita samakah?

Sahabat2…tepuk dada, tanye iman. Tepuk kepala,tanye akal..

Kite flashback sket sirah nabi. Sahabat2 yg dari xtau ape2 ttg islam, bile nabi ajarkan pd mereka, xperlu menunggu berminggu2 atau berbulan2,dah boleh sampaikan islam pd orang lain. Pertemuan yg sekali lalu je pn sudah cukup utk mreka menyampaikan rantaian itu kpd insan2 lain d tempat lain.

Rahsianye?? Yakin dan percaya. Ya,dgn yakin dan percaya dgn apa yg dbw adalah benar, bahawasanya ia bukanlah satu ciptaan,rekaan atau sihir yg nyata,tp kebenaran yg dtgnya dari Allah. Dan,semangat mereka. Semangat dan azam yg tinggi dlm diri mereka. Antara faktor kejayaan dakwah oleh para nabi, rasul dan juga sahabat,adalah semngat dan azam yg tinggi. Ya,semangat dan azam yg tinggi.

Jadi,inilah yg perlu kita tanam dlm diri kita. SEMANGAT dan AZAM yg kuat dlm diri. Carilah,tambahlah,kumpullah ilmmu sebanyak mungkin dan sampaikanlah kpd sesiapa shj.. jadilah seorang yg fakih dan sufi. Carilah ilmu, dan amalkanya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah dan amal tanpa ilmu adalah gila… dengan ilmu, seseorg e2 sgt dpndg tinggi dan menjadikan kita lebih yakin utk menyampaikannya..

Apa yg penting??

SEMANGAT & AZAM yang kuat!! Tinggi dan menebal dlm DIRI KITA!!

Sunday, June 13, 2010

Kandungan dan Khasiat Bawang Putih

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik..

A. Sekilas Tentang Bawang Putih
Bawang putih (Allium sativum) adalah herba semusim berumpun yang mempunyai ketinggian sekitar 60 cm. Tanaman ini banyak ditanam di ladang-ladang di daerah pegunungan yang cukup mendapat sinar matahari. Batangnya batang semu dan berwarna hijau. Bagian bawahnya bersiung-siung, bergabung menjadi umbi besar berwarna putih. Tiap siung terbungkus kulit tipis dan kalau diiris baunya sangat tajam. Daunnya berbentuk pita (pipih memanjang), tepi rata, ujung runcing, beralur, panjang 60 cm dan lebar 1,5 cm. Berakar serabut. Bunganya berwarna putih, bertangkai panjang dan bentuknya payung.

B. Klasifikasi Bawang Putih
Klasifikasi bawang putih, yaitu :
Divisio : Spermatophyta
Sub divisio : Angiospermae
Kelas : Monocotyledonae
Bangsa : Liliales
Suku : Liliaceae
Marga : Allium
Jenis : Allium sativum
Nama umum : bawang putih
Nama daerah :
Sumatera : bawang putih (Melayu), lasun (Aceh), dasun (Minangkabau), lasuna (Batak), bacong landak (Lampung).
Jawa : bawang bodas (Sunda), bawang (Jawa), babang pole (Madura).
Kalimantan : bawang kasihong (Dayak).
Sulawesi : lasuna kebo (Makasar), lasuna pote (Bugis), pia moputi (Gorontalo).
Nusa Tenggara : Incuna.

C. Kandungan Kimia dan Sifat Kimiawi Bawang Putih
Bawang putih mengandung minyak atsiri, yang bersifat anti bakteri dan antiseptik. Kandungan allicin dan aliin berkaitan dengan daya anti kolesterol. Daya ini mencegah penyakit jantung koroner, tekanan darah tinggi dan lain-lain. Umbi batang mengandung zat-zat:
1. Kalsium : bersifat menenangkan sehingga cocok sebagai pencegah hipertensi.
2. Saltivine : bisa mempercepat pertumbuhan sel dan jaringan serta merangsang susunan sel saraf.
3. Diallysulfide, alilpropil-disulfida : anti cacing.
4. Belerang
5. Protein
6. Lemak
7. Fosfor
8. Besi
9. Vitamin A, B1 dan C.

D. Manfaat Bawang Putih
Bawang putih dapat digunakan untuk pengobatan alternatif sebagai berikut :

a. Bawang putih Flu dan Batuk.
Kandungan sulfur yang terkandung dalam bawang putih membuatnya memiliki bau dan rasa yang khas dapat meningkatkan dan mempercepat kegiatan membran mucous di saluran pernapasan, yang membantu melegakan pemampatan dan mengeluarkan lendir. Bawang putih mentah mengandung phytochemical yang dapat membantu membunuh bakteri dan virus penyebab penyakit. Pada tahun 1992, peneliti dari Universitas Brigham Young di Utah melaporkan bahwa bawang tumbuk dalam minyak membunuh bukan hanya membunuh rhinivirus tipe 2 (penyebab umun flu), tetapi juga membunuh 2 macam herpes (penyakit kulit menular) dan beberapa virus umum lainnya.

Bagaimana cara memanfaatkannya? Makanlah bawang putih sebanyak-banyaknya segera setelah anda merasa sakit atau tambahkan bawang putih pada masakan. Anda juga dapat membuat obat batuk dengan resep ini : Hancurkan bawang dan masukan ke dalam susu dingin di dalam panci, lalu panaskan sekitar 1-2 menit, dan minum hangat-hangat.

b. Bawang Putih dan Kolesterol
Sekarang ada lebih dari 12 studi yang dipublikasikan di seluruh dunia yang memastikan bahwa bawang putih dalam berbagai bentuk dapat menurunkan kolesterol. Oleh karena itu, dapat disimpulkan bahwa bawang ini dapat menyembuhkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung. Salah satu studi yang dipublikasikan di “The Journal of The Royal College of Physicians” oleh Silagy CS dan Neil HAW tahun 1994 menyebutkan bahwa bawang putih merupakan agen untuk mengurangi lemak. Penulis menyatakan bahwa suplemen bawang merupakan bagian terpenting dalam penyembuhan kolesterol tinggi. Menurutnya, secara keseluruhan, penurunan terjadi sebesar 12 % dari total kolesterol. Penurunan ini terjadi setelah 4 minggu perawatan.

c. Bawang Putih dan cancer
Bawang juga mempunyai kandungan untuk memerangi cancer, terutama cancer perut dan usus besar. Organosulfida yang terkandung dalam bawang putih membantu hati memproses senyawa kimia beracun, termasuk senyawa kimia yang menyebabkan cancer beberapa penelitian epidemiologis menunjukan bahwa orang yang banyak mengkonsumsi bawang putih lebih rendah resikonya terkena cancer perut dan usus besar. Untuk memastikan bahwa anda akan mendapatkan hasil yang maksimal, peneliti dari Penn State Unipersity merekomendasikan untuk membiarkan dulu potongan atau tumbukan bawang selama paling sedikit 10 menit, memberi waktu bawang itu membentuk kandungan-kandungan yang membantu memerangi cancer.

d. Bawang Putih dan Kehamilan
Riset terbaru menunjukkan bahwa menkonsumsi bawang putih selama kehamilan mengurangi resiko komplikasi kehamilan pre-eclampsia (meningkatkan tekanan darah kandungan protein dalam urine). Studi–studi juga mengungkapkan bahwa bawang putih juga membantu menaikkan lambatnya berat badan bayi yang terlalu kecil. Riset dilakukan oleh Dr. D. Sooranna, Ms J. Hirani dan Dr. I Das di Academic Department of Obsterrics dan Gynaecology, Chelsea dan Westminster Hospital in London UK. Mereka menyimpulkan bahwa walaupun pre-eclampsia dan kelambatan pertumbuhan merupakan kondisi yang kompleks, mengkonsumsi tablet bawang putih secara standar selama masa kehamilan dapat mengurangi kemungkinan–kemungkinan komplikasi pada kelahiran. Mereka memfokuskan pada kelambatan pertumbuhan pada bayi dan pre-eclampsia, kondisi yang sangat berbahaya bagi ibu dan anak yang terjadi pada kira–kira satu diantara sepuluh kehamilan.

Eksperimen menunjukkan bahwa menambahkan ekstrak bawang putih pada sel–sel plaasenta yang kemungkinan menderita kondisi–kondisi tersebut terbukti dapat menstimulasi pertumbuhan. Lebih jauh lagi, kegiatan enzim–enzim penting yang berkurang pada kehamilan tidak normal juga sangat meningkat dengan diberikannya bawang putih.


e. Sebagai Penyembuh Wasir
Pertama bersihkan dulu daerah anus dan sekitarnya dengan air hangat dan sabun, oleskan jus/beberapa siung bawang putih yang sudah dimemarkan sebanyak 3-5 kali pada anus yang telah dibersihkan, tunggu beberapa menit lalu bersihkan.

f. Meningkatkan Stamina
Setelah dikaji secara mendalam, ternyata bawang putih dapat menjadi sumber stamina dan kekuatan fisik yang tinggi. Walaupun sebelumnya mereka jarang sekali sakit, tiba-tiba mereka mudah terserang flu, orang – orang seperti inilah yang terutama membutuhkan daya pembangun stamina yang terdapat di bawang putih. Orang-orang yang mudah lelah seharusnya menambah stamina mereka dengan makan sedikit bawang putih setiap hari dalam jangka waktu yang lama. Caranya, bisa kita campurkan dalam olahan masakan kita dan menelannya.

g. Mengontrol Gejala Diabetes
Diabetes mellitus adalah suatu penyakit bawaan yang ditandai oleh tak cukupnya insulin di dalam tubuh, sebagai akibat kelebihan gula di dalam darah dan urine, serta kelaparan yang hebat dan kehausan. Penderitanya selalu ingin makan yang manis-manis, dan walaupun ia suka makan yang manis-manis dan makanan lainnya, berat badan cenderung berkurang. Gejala utamanya, menurunnya daya tahan tubuh terhadap kuman dan bakteri gangguan kulit serta berkurangnya gairah seksual, penyakit usus dan pembuluh darah. Penggunaan bawang putih secara bijaksana dalam diet merupakan salah satu cara mendapatkan manfaat terbesar dari makanan yang dimakan dengan demikian menyumbang pada kondisi tubuh yang baik.

E. Pengaruh Pemakaian Bawang Putih
Akibat mengkonsumsi bawang putih terlalu banyak membuat napas kita menjadi bau, untuk menghilangjkannya kita dapat melakukan cara –cara berikut ini :
1. Meminum air teh kental atau kopi setelah mengkonsunsi bawang putih
2. Memakan kulit limau dengan cara dikunyah
3. Mengimbangi dengan makanan yang terbuat dari protein, hati, dan telor
4. Menggunakan bawang putih dengan cara direbus terlebih dahulu atau dijadikan acar

Dalam mengkonsumsi bawang putih sebaiknya tidak dimakan mentah, karena dapat mengganggu lambung. Oleh karena itu dianjurkan agar bawang putih terlebih dahulu direbus, digoreng, atau dipanggang dulu sebelum makan. Tetapi bawang putih tidak boleh digunakan dalam bentuk apapun sewaktu terdapat serangan penyakit di bagian perut dan usus besar.

sumber:forumsains.com

http://www.kamusilmiah.com

>>asif ye..hrp sume dpt faham dgn baek..artikel nie dr indon..~(^_-)~..<<

kHasiAt bAwAnG pUtih

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik..

Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional. (Nama saintifik Allium satvium).Ia mudah di dapati di pasaran. Malahan khabarnya di Jerman, ia merupakan jualan bukan berunsur dadah yang paling laris dijual di kedai-kedai ubat/farmasi! Sering disebut sebagai ubat tradisional yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman berzaman_ mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis virus. Khasiat tempatan bawang putih memanglah banyak, diantaranya, ( kesan perubatan bawang putih maksima sekiranya diambil secaramentah atau dihancurkan tanpa dimasak- yang mentah mempunyai kesan antibiotik yang kuat)

a) penawar sengatan - ambil 2 ulas bawang putih, ditumbuk hingga lumat dan terus tampal di tempat yang terkena sengatan lipan atau kala jengking
b) penawar sakit kepala - ambil 3 ulas bawang putih. ditumbuk hingga lumat dan terus pupuk di atas dahi.
c) penawar batuk dan lelah - ambil 3 ulas 3 ulas bawang putih. ditumbuk, dan diperah untuk mendapat jus/airnya. Gaul dengan 1 sudu besar madu asli dan 1 sudu teh gula.. Makan kesemuanya. lakukan beberapa kali hingga baik.
d) penawar cacing kerawit - kunyah dan telah seulas bawang putih.
e) penawar kembung perut - panggang atas api 5 ulas bawang putih. Makan ketika perut merasa masuk angin.
f) penawar mulut busuk - tumbuk hingga hancur 3 ulas bawang putih bersama 9 kuntum bunga cengkih. Digunakan sebagaiubat gigi dan dicampur dengan air buat berkumur. Lakukan 3 kali sehari
g) penawar luka kecil - 4 atau 5 ulas bawang putih ditumbuk hingga lumat. Tampal di tempat yang terluka.
h) penawar buasir - ambil 4 ulas bawang -utih. Belah dua. Campur dengan 1/2 cawan cuka. rebus sampai mendidih. Bila sejuk, makan atau tumbuk lumat 3 ulas bawang putih bersama 1/2 inci halia
i) penawar saki otot - ambil minyak bawang putih, dan gosok di bahagian badan yang sakit seperti di belakang, di bahu, di punggung.
j) penawar sakit kerongkong - 10 ulas bawang putih ditumbuk, kemudian diambil airnya. campur dengan air bersih, terus ditapis dan terus diminum untuk membersihkan kerongkong.
k) penawar sakit gigi - 4 bahan : tumbuk 3 ulas bawang putih. ambil 3 sudu teh cuka, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh madu. Gaul kesemuanya dan tampalkan pada gigi yang sakit. ATAU tumbuk lumat 2 ulas bawang putih. campur dengan 1 sudu teh minyak sapi.campurkan kedua-dua bahan ini. panaskan dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang.
l) penawar bisul - ambil 1 ulas bawang putih, pecahkan dengan belakang pisau. Sapu atau gosok beberapa kali pada bisul sehingga ia mengecil dan hilang.
m) penawar payu dara yang sakit - rebus 1 labu bawang putih dengan sebanyak 2 cawan air. Minum airnya 3 kali/sehari
m) penawar selsema - campurkan 3 sudu besar madu dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Gaul rata dan minum/makan

Lain-lain khasiat/kegunaan:

1) membantu pencernaan serta membantu menambah nafsu makan
2) membantu menyekat pembesaran/pertumbuhan sel barah - seperti barah kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada, serviks
3) berkesan mengawal paras/tahap gula dalam darah
4) memnbantu merendahkan tahap lipoprotein jahat LD2, VD2 dalam darah serta meningkat tahap lipoprotein yang baik HD2 dalam darah, menyekat pengumpulan darah.
5) membantu melancarkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.\

Kepercayaan :

1) masyarakat mesir purba percaya bahawa bawang putih boleh membantu meraweat kecacingan, jantung, dan sakit kepala
2) masyarakat Melayu percaya bawang putih yang dicampur dengan minyakkelapa boleh digunakan sebagai minyak urut yang baik.
3) getah bawang putih boleh mengatasi masalah kulit/tumit pecah.
4) orang China percaya bahawa bawang putih boleh membantu buang angin dalam badan, menambah sedap makanan, mengurangksan panas badan.

..sumber: http://bukitbemban.blogspot.com..

Tuesday, June 1, 2010

heBahKaN!!

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik..

sahabat2 dirahmati Allah sekalian
ini info baru ana dapat dari seorang sahabat

Ada yg tidak tahu di dalam komputer kita ada menyimpan lambang zionis.
tak percaya?
lihat disini C:\ProgramFiles\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF tolong delete file ni..foto kemenangan lambang zionis..

harap hebahkan!!

aKue..

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam’alaik..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang dan pinjaman utk aku menikmati hidup ini..

Aku mulai makin sedar

Bahawa aku selama ini telah salah

Salah meletakkan pergantungan dalam aku lansung tidak sedar

Aku baru tahu yg selama ini rupanya aku lebih bergantung kpd manusia

Ya, manusia

Bila manusia itu pergi

Bila manusia itu jauh dariku

Bila manusia itu tinggalkan aku

Bila manusia itu tiada

Aku merasa kekosongan

Ya Allah

Ampunkan aku

Aku insan lemah, hina, dhaif

Pandulah aku ke jalanMu

Aku hanya perlukanMu

Tiada yang lain

Hanya Allah

cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia Tuhan yang memiliki ‘arasy yang agung”

[9:129]

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~


.: mEReka sAhabAtKu :.