Sunday, October 30, 2011

.. reCharGed ..

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaik..
alhamdulillah wa syukurillah pdMu ya Allah
masih aku diberi peluang dan kekuatan utk terus d jalanMu
ku  pohon kekuatan  dan ketabahan dariMU ya Allah ilahi rabbi



segar dan nyaman terasa menghirup udara fresh d bumi maktab tercenta ni
damai menghijau, jauh dari keserabutan dan hiruk pikuk  kota
walaupun agak  terpencil d sini,  namun tetap berteman dgn makhlukNya yg pelbagai
memeriahkan lagi ekosistem d sini
alhamdulillah



pagi ni sudah terlewat dgn liqa..huhu
istigfr 1000x sya!!!
tu pun belum mampu membayar masa2 shbt2 yg menunggu
apatah lagi masa utk Islam itu sgt2 berharga walau 1 saat sekalipun!!
faghfirli ya Allah..T_T



alhamdulillah
pagi ni terasa semangat di cas 
ye!! dengan kata2 bermakna penuh amanat dan membekas
(walaupun xberada d tempat scra live, vdeo 2 pn cukup2 membantu n mengubat jiwa)
syukur...terima kasih ya  Allah








"tegakkan negara Islam dalam jiwa kamu (dengan tarbiyah) nescaya ia akan tertegak di tanah airmu"



"bersama-sama memantapkan akidah yang kita ada
kerana
keyakinan kepada Allah menyebabkan lahirnya pengorbanan untuk Islam,
bertambah kuat keyakinan kita kepada Allah,
akan kuat keyakinan kita untuk berkorban dalam memenangkan Islam"


"pemuda mestilah memahami bahawa masa depan mereka masih panjang,
semangat mereka yang masih kuat,
cita2 mereka yang berkobar-kobar,
mesti diterjemahkan dengan ILMU YANG MANTOP,
BUKAN SEMANGAT YANG TANPA BIMBINGAN ILMU,
BUKAN SEMANGAT YANG MELULU..


setiap zaman ada tokohnya,
setiap peringkat ada pemimpinnya,
dan kita...




MEWARISI PERJUANGAN TERSEBUT !!


dan


sekarang


tugas ini terletak pada bahu kita 
untuk memastikan kemudiannya

ISLAM akan diDAULATkan di negara kita"




Allah swt kagum kepada PEMUDA-PEMUDA yang tiada baginya masa muda ( untuk berfoya-foya ) 
KERANA

masanya dipenuhi dengan perjuangan dan beribadat kepada Allah




pemuda mestilah mengenali Islam dengan cara MEMAHAMI..



mengapa Baginda Nabi Muhammad saw diutuskanAllah??



kerana




... aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia ...


wallahua'lam


Thursday, October 20, 2011

...RindUnyoOOoo..

بسم الله  الرحمن  الرحيم


assalamualaik...
alhamdulillah, syukur  yang  tidak  terhingga  padaNya
atas  segalanya
segalanya tidak  termampu untuk aku  bayar,
namun hanya padaNya aku persembahkan sujudku...


alhamdulillah,, 1  paper sudah  selesai...
5 papers  lg masih  menanti
moga  Kau permudahkan  bagi sahabat2ku dan diriku ya Allah


kongsi  cerita  pendek  sket....
jom  hayati....~(^_-)~



*****


di suatu petang yang sangat damai selepas hujan
allahu.....aku sangat2 suke tengok  pemandangan ni..
bumi yang masih lagi basah selepas turunya simbahan rahmat Allah
sangat tenang dan damai  mmenusuk jiwa


aku  masih di muka pintu dapur sambil melihat  ibu
sayu hati  ini kerana saat yang berbaki  bersama  ibu makin pendek
tak mahu rasanya tinggalkan ibu
hakikatnya perpisahan itu perlu
demi Allah, aku kena gagahkan diri


rindu aku pada  ibu bila  tidak mendengar  'tazkirah' harian
rindu aku pada ibu  bila  tidak  menatap wajahnya
rindu aku  pada  ibu bila baca  quran
rindu  aku pada ibu bila ku selak helaian Yasin
rindu aku pada ibu bila nak makan
huhu
rindu sangat2


''Ma...oghe nok gi doh ni...
dok rindu  ko  nati..."


ibu hanya tersenyumm padaku
ibu masih lagi  tekun dengan  kerjanya
aku alihkan  pandangan  ke luar..melihat sisa  hujan yang jatuh  dari atap rumah
lalu  ku  dekati ibu


"ma...dok  bimbe ko de  oghe gi? @_@..


"wat  gapo  nok  bimbe nyo..  demo  ma ata suh gi ngaji, buke gi wat bendo lain..keno  panda2 jago  diri, tok ke  la nok duk bawoh tiok ma  jah sokmo..supo tulo pah bilo la..
ma takdok harto lain doh slain anok2..ma  tok ngaji  tinggi doh..rezeki Allah bagi ni la harto ma hok paling beghego..demo ngaji agamo,demo tau blako.."


"emmmm....."



"ma takdok bimbe gapo la.. Allah ado jago anok2 ma biar ma tok napok pun...."



zzzzzuuuuuuuuuupp!!



ayat menusuk!!




"demo duk jauh pun, kalu ma takdok dah pon, Allah ado tengok demo.."



zzzzzuuuuuuuuuuupp!! 1x lg ayat menusuk!!


T_T



terus laju je 'air hujan' turun dari mata ini..
'air hujan' d ati lagi la lebat..banjir dah pun..




syukur ya Allah
atas kurniaan ibuku padaku
semoga Kau sayangi ibuku lebih dari aku menyayanginya
semoga Kau limpahkan kurniaMu padanya sokmo
semoga Kau sentiasa menilainya dengan nilaian yang terbaik
semoga Kau letakkan ibuku di tempat yang tertinggi bersama para solihin
semoga Kau jaga ibuku sentiasa dari segala maksiat, kejahatan dan syaitan yang direjam
semoga Kau tetapkan ibuku di jalan yang lurus




"Wahai Tuhanku, Sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil" [al-Isra',17:24]


amin ya Rabb..



malam 2, sebelum aku  naik  kereta, ku  salami ibu dan pohon kemaafan,halalkan  segala yang pernah  diberikan  padaku...


kereta  abang meluncur  laju,hilang  ibu   dari pandanganku..
 ku  iringi doa buat ibu dalam lambaian salam terakhirku..



*****




sungguh, oghe rindu ko ma!!




p/s: dop sabo doh nok kelik ni..ya Allah, permudahkan segalanya..


Saturday, October 15, 2011

..jAngAN saMPai tErtiNGgaL geRabAk..

بسم  الله  الرحمن  الحيم

Gejala keciciran daripada arus perdana kebaikan boleh menular kepada setiap individu jika ia tidak dibendung dengan iman dan taqwa.

Di sinilah syaitan akan memainkan peranannya dengan menghalang orang-orang mukmin daripada bekerja dengan penuh kesungguhan. Oleh kerana itulah setiap dari kita mesti menyertakan kesabaran dan taqwa ketika mengharungi fitnah besar ini.

Seringkali kita dapati ramai generasi muda yang bersemangat pada peringkat awalnya tetapi mula mencari rentak baru apabila diberi sedikit ujian di dalam bentuk yang pelbagai.

Ada yang diuji dengan kesibukan kerjaya, ada yang diuji dengan keperitan hidup, ada yang diuji dengan kesenangan dunia, ada yang diuji dengan populariti, ada yang diuji dengan obses pendapat sendiri dan sebagainya.  
Ujian-ujian ini menyebabkannya semakin hari semakin menjauhkan diri daripada gerabak kebenaran dan kebaikan sehingga akhirnya dia sekadar menjadi pemerhati kepada sejarah yang berlaku.

Terjemahan hadith:
Dari Abu Amr, dan ada juga yang mengatakan Abu 'Amrah, Sufyan bin Abdillah As Tsaqofi r.hu dia berkata, saya berkata: Wahai Rasulullah S.A.W, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorang pun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: 'Saya beriman kepada Allah', kemudian berpegang teguhlah.[Riwayat Muslim]

Di antara pelajaran daripada hadith ini:
1.     Iman dan amal soleh mesti dimiliki dan diperbaharui.
2.     Istiqamah merupakan kehebatan di darjat yang tinggi.
3.     Perintah untuk istiqamah di jalan kebaikan dan ikhlas beribadah hingga mati.

Hidayah adalah milik Allah dan Dialah yang membolak-balikkan hati kita semua. Bagi mengelakkan diri daripada gejala keciciran ini, maka sudah semestinya kita meletakkan Allah sebagai satu-satunya tempat kita bergantung. Semuanya ini adalah milik Ilahi dan Dialah yang berupaya memberikan segala-galanya kepada kita.

Setiap kita seharusnya mengambil pengiktibaran daripada kisah-kisah para nabi yang terdahulu dan para sahabat yang berpegang teguh dengan janji-janji Allah swt sehingga mereka berjaya mengharunginya dan diberi kemenangan yang hakiki.

Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada fitnah ini.

Tuesday, October 11, 2011

..suNgguh, Allah Tahu..

بسم   الرحمن الرحيم

Assalamualaik
Alhamdulillah  wa  syukurilah atas segala  nikmat yang  Allah kurniakan
nikmat yang mana pasti tidak akan mampu  kita membalasnya
maka bersyukurlah wahai sahabatku
segala yang kita peroleh  ni sumenye free of charge
tak yah kena bayor2 pun..



"..maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?'"[ar-rahman]
ayat yang berulang kali Allah sebutkan..



"..Dialah yang menciptakan dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur" [al-mulk:23]



Allahu..
Sungguh Allah itu Maha Mendengar segala rintihan hambaNya..
tengah skodeng2 laman sesawang petang ni..
lalu Dia temukan 'sesuatu'
seolah2 mengetahui dan mengerti apa yang ku alami
Allah
sungguh, kau lebih dekat dari urat leherku sendiri
T_T







Allah bukan tidak menjawab segala doa. 
segala solat hajat,
 segala aduan,
 segala permintaan. 
Dia maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. 


bahkan, Dia itu bukan sahaja sekadar maha Mendengar, 
bukan sekadar Maha Pemakbul doa, 
tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu segala-galanya. 


Dia tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, 
untuk memakbulkan permintaan kita. 
Dia Maha Tahu kemampuan kita, 
sampai bilakah kita mampu bertahan.


Dia Maha Tahu, apakah menfaatnya ujian yang Dia berikan pada kita.




Sebab itu, lihatlah firmanNya berkenaan dengan 'kelewatan' pertolonganNya. Sumenye punya BONUS!




"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ." [al-Baqarah: 214]


Monday, October 10, 2011

..gELisah..

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaik..
syukur alhamdulillah ya Allah
masih aku diberi peluang menyedut oksigen yang kau berikan dengan percuma ini
nikmat iman, islam yang Kau berkati


allah allah
entah mengapa
dalam hati ini cukup rasa gelisah
mahu menangis sekuat-kuatnya ya allah


menasihati orang lain akan memberikan diri ini bahagia
sebagai langkah mengingatkan diri sendiri
as a guider to myself
not say that I am the best
rasa masih 'kekurangan' sesuatu ya Allah
T_T


sudah lama tidak berkunjung ke majlis ilmu
menagih sisa-sisa kalamMu
mengkin jua kurang zikir seharianku
ataupun bacaan quran yang tidak dihadam betul2
allahu
ati ini mencari-cari ya Allah


apakah taubatku yang selalu aku ingkari ya Allah?
apakah maksiatku yang menghijabkan ku kepadaMu ya Allah?
apakah ingatanku lalai dariMu ya Allah?
apakah lafaz ikrarku hanya seperti angin yang berlalu sahaja ya Allah?
ampunkan aku ya Allah..


"..dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."

ku pegang kalamMu ya Allah



allah allah......hu ya allah






p/s: lama sudah tak 'berdua' denganNya..T_T

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~

.: mEReka sAhabAtKu :.