Monday, January 24, 2011

..adA aPe dGn inSuLin??

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alaik..
syukur alhamdulillah, akhirnya diberi jugak kesempatan masa tuk bukak laman sesawang ni..
memang dah bersawang rupenyer..huhuhu
em, ari ni nak kongsi sesuatu yang dicedok dari iLuvislam..
at list. ada sesuatu tuk kte kongsikan bersame yer...~(^_-)~
lagipun, sem nie belajar anatomi n fisiologi, jd ada manfaatnya skali utk rakan2 sekelasku..
ayuh, kite study bersama..ISL nie tau!!

~Insulin Semulajadi Membakar Lemak & Membina Otot~

Insulin dirembeskan dari pankreas dan bertanggungjawab untuk menentukan samada target fitness anda berjaya ataupun gagal. Insulin boleh menggalakkan pertumbuhan otot dan juga boleh meningkatkan pengumpulan lemak di dalam badan.

Selepas anda mengambil pelbagai makanan yang mengandungi karbohidrat, protein atau lemak, majoriti dari makanan tersebut akan ditukarkan kepada gula (glukosa) dan dilepaskan ke dalam aliran darah.

Bayangkan otot-otot anda seperti gedung penyimpanan yang mempunyai ruang simpanan yang terhad. Apabila ruang simpanan otot-otot dan hati anda sudah penuh, insulin akan membawa muatan glukosa berlebihan ke tempat lain. Malangnya ruang yang tinggal untuk penyimpanan glukosa di dalam badan anda hanyalah sel-sel lemak. Jadi insulin juga boleh menggalakkan penyimpanan lemak.

Memandangkan insulin mempunyai dua fungsi yang anda mahukan dan tidak mahu, anda perlu belajar untuk mengawal kadar insulin anda bagi memaksimumkan faedah-faedah pembinaan otot dan mengurangkan kadar pengumpulan lemak.

Bagaimana untuk mengawal dan memanipulasikan kadar insulin melalui pilihan makanan anda?

Karbohidrat

Jika sejumlah besar karbohidrat diambil secara bersendirian kadar gula dalam darah akan meningkat dan menyebabkan penghasilan insulin yang banyak.

Protein

Protein tidak menyebabkan kadar penghasilan insulin sebanyak karbohidrat. Dianggarkan 60% dari protein akan ditukarkan kepada glukosa di dalam aliran darah anda.

Dengan mengambil lebih karbohidrat di dalam protein anda, hanya sedikit protein akan ditukarkan kepada glukosa, bermakna asid amino di dalam protein mempunyai lebih peluang untuk digunakan bagi pembinaan tisu otot.

Lemak

Lemak hanya mempunyai 10% peluang untuk mempengaruhi kadar gula dalam darah dan bila diambil akan dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol.

Ingat...apabila ruang simpanan hati dan otot sudah penuh, glukosa berlebihan akan disimpan didalam sel-sel lemak.
sekadar hiasan..sodap sungguh!! yummy!!
Bilakah waktu dimana ruang simpanan di dalam otot dan hati anda kosong?

Waktu sarapan, semasa dan selepas senaman (kardio atau latihan bebenan). Inilah 3 masa utama badan anda akan menggunakan sepenuhnya kesan anabolik dari kadar insulin yang tinggi dengan peluang yang sangat sedikit untuk pengumpulan lemak.

Kesimpulannya, waktu di mana kadar insulin yang tinggi adalah penting di dalam badan anda adalah ketika sarapan, semasa latihan dan sesudah latihan. Pada masa ini pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh membantu pertumbuhan otot-otot tanpa berlakunya pengumpulan lemak.

- sumber:iLuvislam.com -

Monday, January 3, 2011

..mY dEaR muSLih..

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik

wahai permata hatiku
menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah
bukan semudah memetik 2 jari..
itupun belum pasti bisa berbunyi..
hakikat insan memang penuh dengan kekurangan
namun tidak menjadi satu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Allah,
teruskan melangkah meskipun dalam kepayahan,
kita kan khalifah,
mengapa mesti d uji dengan perkara yang mudah,
sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba d jannah
lalu,
haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba...??
belajarlah dan bersedialah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!!!

ayunyer muslih ^_^

sanah helwah ya ukti mahbubah!!!
tua sudah kamu
rumah kata pergi, kubur kata, mari..mari..
masa semakin suntuk sahabatku
namun jangan hentikan langkahmu
hayunlah menuju syurga Ilahi
janji Allah pasti benar!!

..uCapaNku.. ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik..

salam rindu dan kasih fillah buat semua..
mungkin sudah agak terlambat untuk daku menulis permulaanya di sini
tapi nak wish jugak!! hehe..

ayuh sahabat2,ukirkan senyuman terindah penuh keceriaan tanda syukur kita padaNya kerana masih ada hari ini.
mulakan dan lakukan yang terbaek untuk permulaan tahun ini
moga yang baek itu kekal berpanjangan hendaknya
jadi,ayuh kembali ke sekolah!!
~(^_-)~

salam ukhuwwah penuh mahabbah buat sume...
special to:
kak has
kak ummu
kak wani
sophie
sume adik2 kem lepas
athirah iptb
atiq ipik
ain usrah junior
liza
mas
sakinah
kak aen
yani iptb
hidayah iptb
farah ipkt


p/s: wt dak2 sn yg ku sygi selamanya, slmt menempuhi sem ni dgn cemerlang yer...physics the best!!

.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~

.: mEReka sAhabAtKu :.