Sunday, May 30, 2010

..piLih2..


بسم الله الرحمن الرحيم

salam’alaik..

akan tiba satu masa, dimana kita perlu membuat pilihan

kita mesti pilih

pilih yang terbaik

dalam masa yang singkat”

“kita perlu selamatkan mereka, siapa dulu??

Keputusan di tangan kita!!”

Kata2 seorang kapten penyelamat pantai kpd kadet yg dilatih

Kata2 yg pd ana penuh makna tersirat

Emm..

Sama gak ngan kiter sume

Kita diberi pilihan

Sentiasa diberi pilihan

Pilihan di tangan kita

Kita yang perlu menentukan

Jalan mana yg kita perlu pilih

Jalan mana yg kiter mesti pilih

Dalam kehidupan dunia yg penuh mencabar ini

Untuk menuju kehidupan yg kekal nanti..

Ingat,pilihan di tangan kita!!

Sama2 kita fikir2kan

Salam muhasabah ~(^_-)~

>>maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??<<

[55:13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,4547,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77]

Tuesday, May 18, 2010

saLaM iMtihAn..


بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik

syukur alhamdulillah..

nothing to say actually, just want to wish good luck n all da best 4 the exam

~(^_-)~

kita adalah pembawa panji islam, maka lakukanlah yang terbaik demi ISLAM!!


~ allahumma yasser wa la tuasser ya karim..
ya Allah,
permudahkanlah urusan dunia n akhirat kami,
untuk kami berbakti padaMU
ikatkan qulub kami pada kecintaan kami demi Engkau Zat Yang Maha Agung
mudahkanlah pelajaran kami
sinarilah hati2 kami
dengan cahayaMU sebagaimana Engkau menerangi alam ini
lontarkan hikmah dan manfaat ke dlm dada2 kami
jadikan kami hamba2MU yang taat padaMU
kasihanilah kedua ibubapa kami
Ya Allah
kurniakanlah kami kejayaan dunia dan akhirat
amin ya rabbal alamin ~

Saturday, May 15, 2010

..sAbaRLah ciKgU..

بسم الله الرحمن الرحيم

Di Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...


Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu"(padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...






Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...


sumber : www.iluvislam.com , http//:jarumemas.blogspot.com

aLhamdUliLLah..

بسم الله الرحمن الرحيم

salam'alaik

Alhamdulillah... syukur padaNya atas segala nikmat dan pinjamanNya padaku
Dengan pinjamanNya aku dapat menikmati dan mensyukuri nikmat itu
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah

terkadang terdetik di ati
Bilalah semua ini akan berakhir
(diri yang perasan sibuk..huhu)
Kerja yang menjengah bagaikan tak mahu berhenti, tak putus lak tue
Em, aku manusia biasa
seperti kamu semua
juga bisa mengeluh
Ya Allah, jgn Kau terus biarkan aku terus begini
Sentiasa mengeluh, mengeluh dan mengeluh..
Aku tak sepatutnya begini
Em, teringat lak kata2 seorang sahabat
Jangan kita letih membuat kebaikan,
teruskan buat baik biar sampai keletihan tue letih dah nak kejar kiter
Yup. that's right!! ~(^_^)~

Kelegaan menjengah setelah hampir kesemua tugasan yang diamahkan hamba2 Allah kepadaku di anto
Ya Allah, lega sgt2 ^_^
tapi masih ada lagi yang x dapat diciapkan dek kekangan2 tertentu
biasalah tue
>(@__@)<

''emh, kerja xpernah nak lari dariku''
insyaAllah, ada hikmah di sebalik sume nie..
bak kata sahabatku,''Allah tau enti mampu, sbb tue Dia bagi sume ni''
ingat! pergantungan sepenuhnya pd Dia
em2,btol2.. sokmo kata2ku terkena balik pd batang idung sendiri
'' la yukallifullahu nafsan illa wus aha..'' [2:286]

'mana best idup nie klu xdop duri2 kehidupan, x mencabar r'
~ LIFE NEVER COMPLETE WITHOUT 'IMTIHAN' FROM GOD ~

''Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,''kami telah beriman,'' dan mereka tidak di uji??''
[29:2]

p/s: Ingatlah... ALLAH itu SENTIASA DEKAT dengan kita. Malah , LEBIH DEKAT dari URAT NADI kita..

Monday, May 3, 2010

sANah hELwah ya uKhti.. ~(^_-)~

بسم الله الرحمن الرحيم


salam'alaik..

''sanah helwah ya ukhti mahbubah''

hari ini hari lahirmu

hari ini bertambah lagi usiamu

hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu

hari ini akan menjadikan hidupmu lebih matang

dek ujian yg akn mendatang

hari ini akan menjadi saksi ketabahanmu mengharung onak dan duri

hari ini Allah telaah memendekkan lagi jarakmu denganNya

semakin kurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiap tempat untukmu

semakin bersedia malaikat maut dtg menjemputmu

semakin dekat masa amalanmu d perhitung

dan

semakin hampir haruman firdausi

atau

azabnya jahannam.. ''

tersenyum diri taktala menerima msg eid milad dr shbt2

namun getaran hati dgn 'peringatan' tetap ada tersembunyi d dalam

masih ada yg sudi mengingati hari yang mana menghitung diriku untuk semakin hampir dengan saat kematianku

dan

teringat akn kata2 ibnu mas'ud

''perkara yg paling sedih tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah''

.: ku harap yg terbaek utk dunia dan akhiratku dariMu ya Allah :.

..rupa2nya saat2 getir dan aku hampir putus asa adalah sebagai kerana ingin menjadikan aku lebih matang dan tabah untuk mehnah yg lebih besar d depan hari..

~~ [ 2:216] ~~


.. sYukrAN jaZiLAn 4 dA ziaRah .. ~(^_-)~

..JoM fOlLow BloG sYaiR!!..
..sekadar perkongsian bersama..
..moga kita semua dapat manfaatnya dan kongsi bersama yang lain..
..segala komentar dan pendapat dari kalian amat di alu-alukan dalam untuk memperbaiki dan menambah baik blog dan empunya blog ini..

~dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~

.: mEReka sAhabAtKu :.